
JULAU – Ahli Parlimen Julau Datuk Larry Sng Wei Shien menggesa agar ibu bapa memainkan peranan mereka dalam menangani isu masalah sosial anak-anak.
“Saya menyeru ibu bapa agar sentiasa memantau dan peka dengan keadaan anak-anak mereka supaya tidak terjebak dengan masalah sosial,” ujarnya.
Tambah Larry, kanak-kanak sangat penting kerana menjadi aset dan harapan membangunkan bangsa dan negara.
“Mereka (kanak-kanak) sangat penting untuk masa hadapan negara. Oleh itu, saya tidak mahu masa hadapan mereka rosak,” katanya ketika hadir Majlis Santai Bersama Pemimpin di Rumah Andrew Neru, Sungai Mawang Julau.
Pada masa yang sama, Larry turut menyampaikan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM81,900 kepada enam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan satu Biro Wanita.