Ibu, ayah tiri dera anak direman 4 hari

KANGAR – Sepasang suami isteri direman empat hari selepas disyaki mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun termasuk mencucuk jarum dan membaling batu ke arah badan mangsa.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd. Yusop berkata, kejadian itu berlaku di sebuah rumah di Simpang Empat dan dilaporkan kepada pihak polis pada Ahad lalu.

“Dalam kejadian itu, mangsa yang juga cucu kepada pengadu memaklumkan dia dicubit di paha kanan, ditampar di kepala, dibaling batu ke arah dada kiri, dicucuk dengan jarum di lengan kiri dan dicekik oleh ibu kandung serta bapa tirinya.

“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami trauma dan enggan pulang ke rumah ibunya,” katanya ketika dihubungi The Malaysia Press di sini hari ini.

Menurut Yusharifuddin, pemeriksaan awal oleh pegawai perubatan Hospital Tuanku Fauziah (HTF) tidak menemui kesan lebam atau bengkak kecuali satu kesan cucukan kecil pada bahagian lengan kiri mangsa.

Katanya, susulan siasatan, pasangan berusia lingkungan 30-an itu ditahan di Kampung Dato Ahmad Musa, Simpang Ampat kira-kira pukul 11 malam semalam.

“Mereka telah direman selama empat hari bermula 24 hingga 27 Jun 2025 selepas permohonan reman dibenarkan oleh Mahkamah Majistret Kangar.

“Kanak-kanak berkenaan kini dirawat di HTF dan berada di bawah jagaan datuk dan neneknya,” ujarnya.

Jelasnya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana pengabaian dan penderaan kanak-kanak.

Katanya, polis masih menjalankan siasatan lanjut termasuk mendapatkan keterangan saksi dan laporan perubatan penuh bagi melengkapkan siasatan.

Related Posts

Tengku Mahkota Pahang daki Gunung Kinabalu sempena Ekspedisi Mahkota Borneo

KOTA KINABALU – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dijadual mendaki Gunung Kinabalu pada 12 Mei sempena Ekspedisi Mahkota Borneo bermula 11 hingga 13…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‎Pengusaha pertanian tempatan bantu kurangkan import makanan

TAMBUNAN-  Pengusaha pertanian tempatan memainkan peranan penting dalam membantu kerajaan mengurangkan kebergantungan terhadap import makanan dari luar negara.‎‎Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Jamawi Jaafar berkata, Sabah memerlukan lebih…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tengku Mahkota Pahang daki Gunung Kinabalu sempena Ekspedisi Mahkota Borneo

Tengku Mahkota Pahang daki Gunung Kinabalu sempena Ekspedisi Mahkota Borneo

Itu kenyataan palsu, MKM komited beri sokongan kepada Anwar

Itu kenyataan palsu, MKM komited beri sokongan kepada Anwar

‎Pengusaha pertanian tempatan bantu kurangkan import makanan

‎Pengusaha pertanian tempatan bantu kurangkan import makanan

Ketidaktentuan global beri tekanan kepada rakyat – Tun Wan Junaidi

Ketidaktentuan global beri tekanan kepada rakyat – Tun Wan Junaidi

UMNO rai ulang tahun ke-80 di Istana Besar Johor, imbau sejarah penubuhan parti

UMNO rai ulang tahun ke-80 di Istana Besar Johor, imbau sejarah penubuhan parti

Fahmi difitnah, jumpa Sultan Selangor isu akaun palsu bukan ladang babi

Fahmi difitnah, jumpa Sultan Selangor isu akaun palsu bukan ladang babi