Hulk Hogan meninggal dunia

LEGENDA gusti dunia, Hulk Hogan, dilaporkan meninggal dunia pada usia 71 tahun.

Hogan, yang nama sebenarnya Terry Gene Bollea, disahkan meninggal dunia selepas polis dan pasukan perubatan kecemasan (EMT) dipanggil ke kediamannya di Clearwater, Florida, pagi semalam.

Menurut TMZ, panggilan kecemasan dibuat berhubung kejadian ‘serangan jantung’, dan sepasukan paramedik serta polis dilihat berada di luar rumah Hogan.

Hogan dikatakan diusung keluar dari rumahnya – menggunakan pengusung – sebelum dimasukkan ke dalam ambulans, dan disahkan meninggal dunia ketika dirawat di hospital.

Polis Clearwater belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi setakat ini, manakala punca kematian belum diumumkan.

Pihak World Wrestling Entertainment (WWE) mengesahkan berita duka itu dalam satu kenyataan rasmi.

“WWE berduka cita apabila menerima berita bahawa Ahli Dewan Kemasyhuran WWE, Hulk Hogan, telah meninggal dunia.

“Sebagai salah satu ikon yang paling dikenali, Hogan telah membantu WWE mencapai pengiktirafan global pada era 1980-an.

“WWE mengucapkan takziah kepada keluarga, rakan-rakan dan peminat beliau,” kata kenyataan itu.

Kesihatan Hogan sebelum ini dilaporkan semakin merosot, termasuk khabar angin yang mendakwa beliau berada dalam keadaan tenat dan koma sebelum pemergiannya.

Related Posts

Wolverhampton, Newcastle sama handal

PASUKAN bawahan liga, Wolverhampton Wanderers mencacatkan tiga kemenangan berturut-turut Newcastle United dalam Liga Perdana Inggeris apabila seri 0-0 awal pagi tadi. Tuan rumah tidak tewas dalam lima aksi terakhir termasuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bayern bangkit tewaskan Leipzig 5-1

PENDAHULU Bundesliga, Bayern Munich bangkit daripada ketinggalan satu gol, meledak tiga gol dalam enam minit, untuk membelasah tuan rumah RB Leipzig 5-1 bagi mengekalkan kelebihan 11 mata di puncak Bundesliga.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi