Hujan lebat tidak halang raptai Hari Kebangsaan, Hari Sabah berjalan lancar

KOTA KINABALU – Hujan lebat pada awal pagi tidak mematahkan semangat mereka yang terlibat dalam sesi raptai sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah yang memasuki hari ketiga, di Jalan Tun Fuad Stephen, di sini pada Khamis.

Lebih mengujakan apabila orang awam dan pelancong turut serta mengimarahkan sesi raptai dengan kibaran jalur gemilang dan bendera Sabah yang sekaligus mengekalkan momentum kontinjen perbarisan untuk memastikan sesi tersebut berjalan lancar.

Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah itu dimeriahkan dengan pelbagai acara, persembahan serta perarakan lebih 170 kontinjen, pasukan pancaragam dan 38 aset kenderaan pelbagai agensi seawal pukul 7 pagi pada hari kemuncak, 31 Ogos ini.

Sambutan itu akan disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan laluan yang ditutup sepanjang sambutan berlangsung, menerusi laman sosial rasmi Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) atau Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Sabah.

Related Posts

JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

MIRI – Semangat kebersamaan dan amalan gotong-royong jelas terpancar dalam kalangan warga Jabatan Kerja Raya (JKR) menerusi Program Memasak dan Pengagihan Bubur Lambuk pada Isnin. Program bersempena bulan Ramadan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

SIBU – Seramai 723 penerima bantuan bulanan beragama Islam ceria apabila menerima sumbangan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. Sumbangan tersebut disalurkan menerusi program Majlis Sejambak Kasih Aidilfitri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

  • By Siti
  • March 10, 2026
Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri