Hubungan rapat Malaysia-Turkiye bantu bebas aktivis GSF

PUTRAJAYA – Rakyat Malaysia daripada pelbagai agama dan peringkat umur akhirnya menarik nafas lega apabila semua 23 aktivis negara ini yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) dibebaskan dan kini berada di Istanbul, Turkiye.

Kumpulan aktivis itu ditahan rejim Zionis sejak Khamis, berlepas dari Lapangan Terbang Ramon, Israel pada 6.45 petang waktu Malaysia sebelum tiba di Istanbul pukul 8.40 malam tadi waktu Malaysia.

Hubungan erat antara Malaysia dengan Turkiye terbukti apabila semua delegasi Malaysia dibawa keluar dari Israel menggunakan pesawat komersial Turkish Airlines.

Kerajaan Turkiye turut menaja penginapan mereka sebelum penerbangan pulang ke tanah air yang dijadualkan esok.

Pensyarah di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berkata kepada Bernama, kewibawaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim jelas terbukti dalam usaha memastikan 23 rakyat Malaysia daripada delegasi GSF berjaya dibebaskan.

Beliau berkata, Anwar mempamerkan kepimpinan responsif dan proaktif dengan mengutamakan keselamatan warganegara, sekali gus mencerminkan solidariti Malaysia terhadap Palestin dan menegaskan pendirian negara dalam isu keadilan serta hak asasi pada peringkat antarabangsa.

“Perdana Menteri begitu lantang menolak kerakusan Israel dan dianggap antara jurucakap utama dalam mempertahankan bumi Palestin.

“Pada masa sama, secara diplomatik, beliau menunjukkan kemahiran memanfaatkan saluran rasmi dan hubungan antarabangsa bagi melindungi rakyat serta menjunjung nilai kemanusiaan,” katanya.

Perdana Menteri dalam siaran langsung menerusi Facebook petang semalam berkata proses pembebasan itu membabitkan koordinasi erat pada peringkat antarabangsa termasuk perbincangan Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Marco Rubio dan kerajaan Jordan, serta Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bersama-sama Utusan Khas Amerika Syarikat ke Asia Barat, Steve Witkoff.

Beliau berkata, kejayaan itu juga ialah hasil rundingan beliau sendiri bersama dengan Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani; Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani serta Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan dan Ketua Keselamatan Negara Turkiye, Dr Ibrahim Kalin.

Menurut Perdana Menteri, perancangan dan rundingan membawa pulang dan menyelamatkan mangsa tidak hanya terbatas kepada keselamatan delegasi Malaysia dan Turkiye, malah turut membabitkan aktivis dari Eropah serta negara lain.

Related Posts

KPM rancang lima atau tujuh sekolah kategori K11 tahun depan

KUANTAN – Kementerian Pendidikan (KPM) merancang untuk memperluas inisiatif Sekolah Model Khas Komprehensif 11 (K11) dengan penambahan sekurang-kurangnya lima hingga tujuh sekolah lagi tahun hadapan. Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kos bahan api tinggi, subsidi untuk pusat kebajikan wajar dipertimbang

PUTRAJAYA – Cadangan pemberian subsidi minyak kepada pusat kebajikan wajar dipertimbangkan bagi membantu melancarkan operasi harian institusi berkenaan. Perkara ini dilihat susulan peningkatan kos bahan api sejak kebelakangan ini yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi