HSJ bakal jadi pusat rujukan masalah jantung bagi zon utara

SEBERANG PERAI – Blok tambahan Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini bakal menjadi pusat rujukan zon utara bagi perkhidmatan kardiologi dan kardiotorasik pediatrik.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, blok tambahan yang telah siap sepenuhnya pada 12 April lalu dijadualkan mula beroperasi secara berperingkat pada 5 Mei ini.

“Fasiliti ini diyakini dapat mengurangkan keperluan rujukan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dan memudahkan akses rawatan pakar kepada penduduk di Seberang Perai serta kawasan sekitarnya.

“Dengan siapnya blok ini, secara keseluruhannya kapasiti hospital ini meningkat kepada 729 katil, 11 dewan bedah sekali gus memperkukuh statusnya sebagai hospital rujukan utama di zon utara,” katanya selepas Majlis Penyerahan Blok Bertingkat HSJ di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, blok bertingkat baharu itu juga diyakini dapat mengurangkan kesesakan dan waktu menunggu yang lama.

Katanya, blok baharu ini turut membolehkan pengoperasian perkhidmatan dan sub kepakaran penting seperti otorinolaringologi (ENT), kardiologi pediatrik serta perubatan rehabilitasi.

Related Posts

Bekalan peranti perubatan terus kukuh hadapi tekanan krisis tenaga global

KUALA LUMPUR- Bekalan peranti perubatan negara kekal kukuh dan berada pada tahap terkawal walaupun berdepan kesan krisis tenaga global yang menjejaskan ketersediaan produk import berisiko tinggi di pasaran tempatan. Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

KUALA LUMPUR – Lebih 1,456 syarikat dari 63 buah negara menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026 bermula esok hingga Khamis ini. Menteri Pertahanan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

  • By Ynom
  • April 20, 2026
Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta