Hospital Bachok mula beroperasi Oktober

TANAH MERAH – Hospital Bachok yang terbengkalai selama tiga tahun, dijangka beroperasi Oktober ini selepas Jabatan Kerja Raya (JKR) menyerahkan bangunan itu kepada Kementerian Kesihatan (KKM).

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin bagaimanapun berkata, penyerahan hospital itu dijangka dilakukan pada awal bulan depan.

“Mengikut maklumat kita terima, JKR akan serah bangunan hospital itu pada awal September ini.

“Jadi, ia akan dapat beroperasi sebulan selepas penyerahan dilakukan.

“Bagaimanapun, ia bergantung kepada pihak JKR nanti,” katanya seperti dilapor Kosmo.

Mengulas lanjut, Zaini memberitahu, penjawatan petugas sudah bersedia dan akan ditugaskan sebaik hospital tersebut beroperasi.

“JKN Kelantan akan mengambil kakitangan sedia ada di hospital negeri ini sekiranya petugas tidak mencukupi.

“Hospital Bachok juga sudah menerima sebahagian aset dan peralatan kesihatan,” ujarnya.

Beliau berkata, Hospital Bachok akan mendapat khidmat dan kepakaran dari Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Related Posts

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

KANGAR – Ketua Bahagian UMNO Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya menggesa kerajaan negeri tampil memberikan penjelasan jelas berhubung penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

SEMPORNA – Masalah jeti haram, pengusaha pelancongan tanpa lesen dan keselamatan pelancong kini menjadi fokus utama kerajaan Sabah. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, kementerian mengambil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM