Hormati keputusan, privasi mengenai perkahwinan saya – Tengku Hassanal

KUANTAN – Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah meminta rakyat menghormati privasi peribadi baginda.

Baginda menzahirkan perkara itu menerusi hantaran di X pada Khamis mendapat perhatian rakyat.

Tengku Hassanal memaklumkan sebagai seorang putera raja dan waris ganti negeri, baginda sangat menghargai keprihatinan dan minat yang ditunjukkan terhadap kehidupan peribadi oleh orang ramai.

“Namun, saya memohon agar keputusan dan privasi peribadi mengenai perkahwinan saya pada masa hadapan dapat dihormati.

“Saya percaya bahawa pilihan hidup yang penting seperti ini harus dibuat dengan teliti dan pada masa yang sesuai bagi saya,” tulis baginda.

Tengku Hassanal bertitah, buat masa ini, baginda komited untuk berkhidmat kepada raja dan negeri.

“Saya dan akan melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi. Sokongan anda semua amat saya hargai. Terima kasih,” titahnya.

Related Posts

Lelaki maut di loteng rumah terbakar

SUNGAI PETANI – Seorang lelaki berusia 20 tahun ditemukan maut dalam kebakaran sebuah rumah di Lorong Astana, Bandar Sri Astana di sini awal pagi tadi. Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Warga kerja pembersihan teruja terokai teknologi AI

KUCHING – Rutin harian mereka mungkin sinonim dengan penyapu, mop, dan memastikan persekitaran sentiasa bersih bersinar. Namun, pemandangan di Pustaka Negeri Sarawak pagi Jumaat lalu sedikit berbeza apabila kumpulan ‘wira…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki maut di loteng rumah terbakar

Lelaki maut di loteng rumah terbakar

Warga kerja pembersihan teruja terokai teknologi AI

Warga kerja pembersihan teruja terokai teknologi AI

Hampir 6,000 penerima bantuan disantuni sempena Majlis Sejambak Kasih Gawai Dayak 2026

Hampir 6,000 penerima bantuan disantuni sempena Majlis Sejambak Kasih Gawai Dayak 2026

Malaysia tegas pertahan peranan ASEAN dalam isu Laut China Selatan

Malaysia tegas pertahan peranan ASEAN dalam isu Laut China Selatan

Lelaki warga emas dilapor hilang, sebahagian badan dijumpai

Lelaki warga emas dilapor hilang, sebahagian badan dijumpai

Garis panduan baharu perkukuh keselamatan sekolah bukti kesungguhan KPM tangani kebimbangan rakyat

Garis panduan baharu perkukuh keselamatan sekolah bukti kesungguhan KPM tangani kebimbangan rakyat