Hong Kong berkabung 3 hari ekoran kebakaran kompleks kediaman

HONG KONG – Tempoh berkabung selama tiga hari bermula di Hong Kong semalam, selepas kebakaran kompleks kediaman mengorbankan sekurang-kurangnya 128 orang, menjadikannya antara tragedi paling buruk dalam sejarah bandar itu.

Ribuan penduduk hadir di sebuah taman kecil berhampiran Wang Fuk Court, kompleks perumahan di Tai Po yang terbakar lebih 40 jam.

Mereka membawa bunga putih dan kuning, meletakkan nota serta gambar sebagai penghormatan kepada mangsa.

Menjelang malam, kawasan itu dipenuhi orang ramai berpakaian gelap.

Antara mereka, seorang wanita berusia 69 tahun, Wong, yang tinggal di situ lebih empat dekad, menyenaraikan jiran yang terkorban termasuk seorang nenek dan cucu berusia 18 bulan.

“Semalam disahkan mereka meninggal,” katanya sebak.

Seorang lagi penduduk, Wong Kuen-mui, 67, berkata, kebakaran itu memusnahkan ‘memori 40 tahun’, termasuk gambar zaman kanak-kanak anak-anaknya.

Di seluruh daerah, 18 pusat takziah dibuka termasuk sebuah dewan komuniti yang menjadi lokasi menandatangani buku ucapan takziah.

“Saya hanya berharap mereka tenang di sana,” kata seorang lelaki berusia 52 tahun, Ki.

Pada jam 8 pagi, Ketua Eksekutif John Lee bersama pegawai kanan bertafakur tiga minit di luar ibu pejabat kerajaan, dengan bendera China dan Hong Kong dikibarkan separuh tiang.

Semua acara rasmi kerajaan dibatalkan sepanjang tempoh berkabung.

China turut melancarkan kempen nasional bagi mengurangkan risiko kebakaran di bangunan tinggi, lapor CCTV.

Konsulat Filipina mengesahkan seorang pekerja warga Filipina antara mangsa.

Polis memaklumkan, angka korban kekal 128, dengan 44 mayat belum dikenal pasti.

Pasukan Identifikasi Mangsa Bencana memeriksa dua daripada lapan menara tanpa menemui mayat baharu.

Sekitar 150 orang masih dilaporkan hilang, manakala lebih 40 mangsa cedera dirawat di hospital, termasuk 19 dalam keadaan kritikal.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Hong Kong menahan lapan individu berkaitan kebakaran itu dan menahan tiga lagi pada Sabtu.

Kebakaran yang bermula Rabu petang merebak pantas ke tujuh daripada lapan menara di kawasan padat itu.

Siasatan awal mendapati ia bermula pada jaring perlindungan di tingkat bawah sebelum merebak ke papan buih mudah terbakar dan perancah buluh.

Ketua Jabatan Bomba, Andy Yeung berkata, semua sistem penggera di bangunan berkenaan didapati rosak dan berjanji mengambil tindakan terhadap kontraktor.

Penduduk mendakwa mereka tidak mendengar sebarang penggera dan terpaksa mengetuk pintu jiran untuk memberi amaran.

Kebakaran ini adalah yang paling dahsyat sejak 1948 apabila letupan dan kebakaran mengorbankan sekurang-kurangnya 135 orang.

Related Posts

Kapal tangki China tembus sekatan AS di Selat Hormuz

TEHERAN – Sebuah kapal tangki China yang dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berjaya melalui Selat Hormuz pada Selasa, walaupun terdapat sekatan AS ke atas laluan sempit strategik itu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS, Iran gagal capai kata sepakat selepas 21 jam rundingan

ISLAMABAD – Amerika Syarikat (AS) dan Iran gagal mencapai sebarang persetujuan selepas lebih 21 jam rundingan damai bersejarah yang berlangsung di Pakistan. Naib Presiden AS, JD Vance, berkata rundingan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16