Hoki 5s hadiah emas pertama negara

KONTINJEN negara meraih pingat emas pertama di Sukan SEA Thailand menerusi acara hoki 5 sebelah (5s) lelaki selepas menewaskan Indonesia 7-3, hari ini.

Kejayaan itu juga menjadi sejarah untuk skuad negara selepas acara berkenaan kali pertama dipertandingkan pada temasya dwitahunan itu.

Berlangsung di Stadium Hoki Royal Thai Air Force, Malaysia mendahului 3-0 pada babak pertama menerusi Mohamad Akhimullah Anuar Esook, Muhammad Abid Sufian Mat Ruslee dan Luqman Nul Hakim Ahmad Shukran masing-masing minit ke-7,8 dan 14.

Bersambung babak kedua, skuad negara menambah empat gol lagi hasil jaringan Akhimullah minit ke-17 dan 29 serta Muhammad Abid dan Shafiq Ikhmal Daniel Suzaini minit terakhir perlawanan.

Indonesia berjaya meraih tiga gol menerusi Mochamad Fathur minit ke-19 serta Alfandy Prastyo menyumbang dua gol pantas minit ke-24.

Ketua jurulatih negara, Wan Roslan Wan Abdul Rahman nyata gembira dengan kejayaan anak buahnya, lebih-lebih lagi berjaya menyumbang pingat emas pertama untuk kontinjen negara.

“Pertama sekali syukur Alhamdulillah dan saya amat berbangga hoki 5s berjaya menyumbang pingat emas kepada negara dan kami juga melakar sejarah kerana hoki 5s pertama kali dipertandingkan di Sukan SEA.

“Saya cukup yakin pemain boleh mendapat keputusan yang baik memandangkan prestasi mereka cukup bagus pada perlawanan peringkat awal.

“Secara keseluruhan, kita ada tujuh pemain yang beraksi di Piala Dunia dan sudah tentu tujuh pemain ini banyak membantu rakan-rakan terutamanya barisan pemain baharu,” katanya, lapor Berita Harian.

Terdahulu pada aksi separuh akhir, skuad negara meraih kemenangan 9-1 ke atas Filipina.

Sebelum itu, Malaysia mendominasi aksi round robin dengan rekod bersih membenam Indonesia 4-2, membelasah Filipina 18-0 dan menumpaskan Thailand 9-1.

Related Posts

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

BRIGHTON & Hove Albion membelasah Chelsea 3-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris, sekali gus melonjak ke tangga keenam liga dengan 50 mata. Ferdi Kadioglu membuka jaringan seawal minit ketiga sebelum…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wolves turun liga selepas gagal elak penyingkiran

WOLVES disahkan tersingkir dari saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi selepas keputusan seri tanpa jaringan West Ham United menentang Crystal Palace menutup peluang mereka untuk kekal. Kelab dari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

  • By Ynom
  • April 22, 2026
Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara