Himpunan Pas tolak RUU PSB wajib diboikot, penuh putar belit dan unsur jahat

PEMERHATI politik, Raggie Jessy Rithaudeen menyifatkan rancangan Pas untuk menganjurkan himpunan membantah Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pembaharuan Semula Bandar (PSB) sebagai satu tindakan berunsur jahat, putar belit, serta bertentangan dengan prinsip yang mereka sendiri sokong ketika berkuasa dahulu.

Raggie berkata, RUU PSB sebenarnya telah dirancang untuk dibentangkan semasa pentadbiran Perikatan Nasional (PN), dan kini Pas seolah-olah berpura-pura tidak tahu, sambil menghasut rakyat turun ke jalanan untuk menentang sesuatu yang mereka sendiri cadangkan.

“Mereka yang dahulu canang RUU PSB semasa kerajaan Perikatan, sekarang pula lawan habis-habisan. Ini hipokrasi, dan lebih teruk, mereka mempermainkan rakyat,” katanya.

Menurut beliau, Pas tidak pernah menjelaskan kepada rakyat bahawa undang-undang sedia ada seperti Akta Pengambilan Tanah 1960 tidak memerlukan persetujuan sesiapa pun untuk pengambilan tanah secara paksa, sedangkan RUU PSB meletakkan nilai ambang 80 peratus persetujuan penduduk dan tempoh minimum 30 tahun sebelum sesuatu kawasan boleh dibangunkan semula.

“Sekurang-kurangnya RUU PSB ada nilai ambang. Akta yang mereka sendiri guna dulu, tak perlu seorang pun setuju. Tapi bila PH cadang RUU PSB, terus kata nak halau Melayu, buat himpunan. Jahat,” katanya lagi.

Beliau juga menyentuh isu Kampung Sungai Baru, yang digunakan Pas sebagai hujah untuk menolak PSB, tetapi tidak menyatakan bahawa pengambilan tanah di situ berlaku semasa mereka sendiri berkuasa, dan dilaksanakan menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960, bukan RUU PSB.

“Zaman Najib dan PH, mereka berbincang dengan penduduk. Tapi bila Perikatan ambil alih, terus guna akta pengambilan tanah. Sekarang nak salahkan orang lain pula,” katanya.

Raggie turut menyokong cadangan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, yang menggesa Pas supaya membawa cadangan mereka ke meja rundingan berbanding memaksa rakyat turun berhimpun.

“Yang berhormat (Pas) sepatutnya cari jalan bincang, bukan terus ajak rakyat turun ke jalan. Itu tindakan populis dan merugikan,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa majoriti rakyat kini lebih matang, celik maklumat dan mampu menilai antara fakta dan retorik politik yang bersifat hasutan.

“Jangan benarkan diri anda terus dilembukan. Wajib boikot himpunan ini jika ia diteruskan,” tegas Raggie.

Pada Selasa, Akmal menolak pelawaan Dewan Pemuda Pas untuk menyertai Himpunan Mega Tolak PSB (Akta Pembaharuan Semula Bandar) yang dijadualkan berlangsung pada 4 Oktober ini.

Dalam satu hantaran di Facebook, beliau menyatakan bahawa dirinya lebih cenderung mengajak Pemuda Pas untuk duduk semeja melalui rundingan meja bulat bagi mencari penyelesaian terbaik terhadap isu tersebut.

Related Posts

Anwar akui kebimbangan pameran, tegaskan kepentingan sektor pertahanan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui wujud kebimbangan mengenai penganjuran pameran aset dan teknologi pertahanan terutama berkait persenjataan yang boleh membawa kemusnahan. Bagaimanapun, beliau yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar seru kerjasama pertahanan, aeroangkasa Malaysia mampu diperhebat

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru negara luar untuk menjadi rakan kongsi Malaysia dalam industri pertahanan kerana negara ini mengamalkan dasar berkecuali. Beliau yang juga Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

Subsidi RM350 sebulan sokong penjagaan anak autisme di PAUS

Subsidi RM350 sebulan sokong penjagaan anak autisme di PAUS

Sidang DUN ditangguh, perlu masa perkemas pentadbiran – MB Perlis

Sidang DUN ditangguh, perlu masa perkemas pentadbiran – MB Perlis

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

Anwar akui kebimbangan pameran, tegaskan kepentingan sektor pertahanan

Anwar akui kebimbangan pameran, tegaskan kepentingan sektor pertahanan

Anwar seru kerjasama pertahanan, aeroangkasa Malaysia mampu diperhebat

Anwar seru kerjasama pertahanan, aeroangkasa Malaysia mampu diperhebat