Henti subsidi pendidikan anak orang kaya, keputusan belum dimuktamad

PUTRAJAYA – Kerajaan belum membuat sebarang keputusan untuk menghentikan subsidi membiayai pendidikan anak golongan kaya.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, cadangan berkenaan masih di peringkat penelitian kerana ada beberapa perkara prinsip yang perlu diambil kira oleh kerajaan.

“Kita belum putuskan (untuk menghentikan subsidi pendidikan kepada golongan anak orang kaya), ia masih di peringkat penelitian.

“(Ingin tegaskan) pada waktu ini belum diputuskan (untuk hentikan subsidi pendidikan kepada anak orang kaya), masih di peringkat perbincangan,” katanya pada sidang media selepas pasca Mesyuarat Kabinet, hari ini.

Mengulas perkara berbeza, Fahmi berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Pendidikan (KPM) diarahkan meneliti secara terperinci isu berkaitan beban berganda malpemakanan dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi memaklumkan, gesaan tersebut disuarakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada mesyuarat Kabinet hari ini, sebelum Pelan Stratetgik Kebangsaan Memerangi Masalah Beban Berganda Malpemakanan Dalam Kalangan Kanak-Kanak diumumkan tidak lama lagi.

“Dalam mesyuarat (Kabinet), ada disentuh mengenai masalah beban berganda malpemakanan kanak-kanak yang mana isu ini dibincangkan oleh KKM, KPM dan Jawatankuasa Khas Memerangi Masalah Beban Berganda Malpemakanan dalam Kalangan Kanak-kanak.

“Hari ini Jemaah Menteri ada menerima laporan terkini mengenai usaha-usaha dan pelan strategik tapi ada beberapa perkara diminta oleh Perdana Menteri untuk diteliti sebelum pengumuman penuh mengenai pelan strategik kebangsaan (dibuat),” katanya.

Related Posts

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

PUTRAJAYA – Inisiatif MADANI Mart menyasarkan pembukaan satu cawangan bagi setiap Dewan Undangan Negeri sebagai sebahagian visi capaian nasional untuk memastikan lebih ramai rakyat memperoleh barangan keperluan pada harga berpatutan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

KOTA KINABALU – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) meraih kejayaan besar apabila memperoleh peruntukan bernilai RM1.5 juta daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui satu memorandum bagi memperkasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

  • By Ynom
  • April 22, 2026
Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara