
SARATOK – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik mengingatkan kepada semua agar mengenang dan menghayati peristiwa penting hari kemerdekaan.
“Saya menekankan betapa pentingnya Hari Kemerdekaan kepada semua rakyat Malaysia terutama sekali bagi kita di Sarawak ini,” katanya pada Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan yang telah dianjurkan oleh SK Kalaka Central, Saratok.
Katanya, tarikh-tarikh penting seperti Hari Sarawak pada 22 Julai, Hari Kebangsaan pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September harus dihayati oleh semua tidak kira dimana dan peringkat umur.
“Ini adalah fakta sejarah yang harus difahami terutama sekali oleh anak-anak dan cucu-cucu kita untuk menyemai semangat patriotisme dan cintakan negara,” tambahnya.
Dalam majlis tersebut, pelbagai acara yang telah diadakan antaranya nyanyian lagu patriotik, persembahan nyayian daripada pelajar dan cabutan tiket bertuah.
Turut hadir dalam majlis tersebut YB Senator Tuan Pele Peter Tinggom, YDP PIBG Ating Enteri, ibu bapa dan warga sekolah.







