
KUCHING – Hasil perapan istimewa kambing bakar jadi tarikan utama pengunjung bazar Ramadan di Meditel Hotel Hospital Umum Sarawak (HUS).
Peniaga, Sabri Othman berkata, hasil perapan tersebut menggunakan rempah istimewa yang diperap selama 24 jam.
“Alhamdulillah, ini menjadikan kambing bakar kami menjadi kegemaran pengunjung bazar Ramadan,” jelas Sabri.
Selain itu, Sabri menambah pelanggan turut memuji haruman kambing bakar yang mempunyai kelainan tersendiri.
“Sudah hampir lima tahun saya menjalankan perniagaan kambing bakar dan pertama kali saya berniaga di bazar Ramadan Meditel,” ujar Sabri ketika ditemui wartawan The Malaysia Press pada Rabu.
Sabri memberitahu terdapat gerainya di bazar Ramadan di Limbang yang diurus oleh kumpulan mewakilnya di sana.
Bagaimanapun, Sabri berkata, dia hanya berjual di setiap acara yang berlangsung bukan sahaja di Kuching dan Limbang tetapi Sibu, Bintulu dan Mukah.

Sabri memberitahu terdapat promosi untuk pelanggannya sempena Hari Raya Aidilfitri serendah RM6 untuk 100 gram.
Untuk pengetahuan, harga kambing bakar dijual pada RM10 untuk 100 gram dan RM15 untuk 150 gram.







