Harimau Malaya perlu ada KPI

PUTRAJAYA – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) diminta menyediakan pelan perancangan dan Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) untuk menjamin peningkatan prestasi skuad Harimau Malaya.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam kenyataan memaklumkan, perkara itu disuarakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika bertemu kepimpinan FAM, hari ini.

“Pemintaan itu dikemukakan sebagai balasan komitmen kerajaan memberi peruntukan RM15 juta untuk memperkasakan pasukan kebangsaan termasuk skuad bawah 23 tahun.

“Peruntukan itu akan dipantau secara berkala oleh Kementerian Kewangan dan KBS.

“Perdana Menteri juga memaklumkan komitmen kerajaan untuk memperkukuh ekosistem sukan negara dan peruntukan yang disalurkan bagi Harimau Malaya ini tidak akan mengurangkan peruntukan disalurkan kepada sukan lain,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, KBS memaklumkan pihaknya akan mendapatkan khidmat bantuan Konfederasi Bola Sepak Asia untuk melakukan penilaian semula keberkesanan Program Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan yang dikendalikan Majlis Sukan Negara supaya penambahbaikan dapat dilakukan.

Related Posts

Lima pemain bintang MU bakal dilepas hujung musim

MANCHESTER United dilaporkan bersedia melepaskan lima pemain mereka apabila jendela perpindahan musim panas dibuka. Skuad The Red Devils ketika ini sedang meneruskan misi memburu tiket ke saingan Liga Juara-Juara selepas…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Chelsea kalah tipis di tangan Newcastle

NEWCASTLE United menambah derita Chelsea apabila menewaskan tuan rumah 1-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge, awal pagi tadi. Jaringan balas pantas Anthony Gordon pada babak pertama sudah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan