Hari Peneroka Felda berlangsung 3 hari bermula 12 Julai

PUTRAJAYA – Program Hari Peneroka Felda yang akan berlangsung selama tiga hari bermula 12 hingga 14 Julai ini dijangka mengumpulkan peneroka dan bekas pegawai Felda dari seluruh negara.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam sidang media pascamesyuarat Jemaah Menteri di sini berkata, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) akan turut berkerjasama di Hari Peneroka Felda 2024 kali ini.

“Felda antara lain akan berkerjasama dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) untuk mengadakan mini usahawan desa termasuk usahawan kecil,” katanya.

Menurut Fahmi, pelbagai aktiviti disediakan serta gerai jualan disediakan sepanjang hari hari program berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

“Terdapat 68 aktiviti yang disediakan membabitkan 12 kluster sepanjang tiga hari program berlangsung.

“Terdapat 1,000 gerai jualan usahawan dan pameran, 317 gerai makanan dari 317 rancangan Felda,” katanya.

Beliau berkata, majlis perasmian akan diadakan pada 14 Julai dan bakal disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Related Posts

Pendaftaran kad OKU autisme meningkat 4 kali ganda

KUALA LUMPUR – Jumlah pendaftaran kad Orang Kurang Upaya (OKU) Autisme meningkat kepada hampir 89,000 orang pada tahun ini, berbanding sekitar 23,000 orang pada 2021, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Siapa ‘poster boy’ pembangkang?

Siapa ‘poster boy’ pembangkang?

Tindakan seleweng 5,030 liter diesel terbongkar

Tindakan seleweng 5,030 liter diesel terbongkar

Pendaftaran kad OKU autisme meningkat 4 kali ganda

Pendaftaran kad OKU autisme meningkat 4 kali ganda

Lelaki ditahan kes gangguan seksual di pasar raya

Lelaki ditahan kes gangguan seksual di pasar raya

Bekas pegawai kanan DBKL kekal dipenjara 4 tahun, denda RM1 juta terima suapan RM200,000

Bekas pegawai kanan DBKL kekal dipenjara 4 tahun, denda RM1 juta terima suapan RM200,000

PMX buktikan Kelantan tidak dipinggirkan, pembangunan lintas politik jadi keutamaan Kerajaan MADANI

PMX buktikan Kelantan tidak dipinggirkan, pembangunan lintas politik jadi keutamaan Kerajaan MADANI