Belum masa klasifikasikan isu HRD Corp seperti 1MDB – Fahmi

PENDEDAHAN Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bahawa sejumlah RM3.77 bilion hasil kutipan levi daripada majikan digunakan untuk pelaburan belum boleh diklasifikasikan sebagai skandal besar.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) perlu diberi ruang untuk memberikan penjelasan mengenai pendedahan PAC di Dewan Rakyat terlebih dahulu.

“Kita belum ada maklumat penuh mengenai isu berkait HRD Corp.

“Tapi mungkin kita perlu penelitian dan kita beri ruang kepada Ahli Parlimen untuk bahas dan menteri Kesuma untuk beri jawapan di Parlimen dahulu.

“Belum masanya untuk kita membuat apa-apa pengklasifikasian seperti kes 1MDB (1Malaysia Development Berhad),” katanya pada sidang media, hari ini.

Fahmi mengulas pertanyaan media sama ada pendedahan PAC itu boleh diklasifikasikan sebagai skandal besar seperti mana yang berlaku terhadap 1MDB sebelum ini.

Sementara itu, Fahmi berkata, kerajaan tidak mempunyai halangan untuk membenarkan pihak berkuasa menyiasat pendedahan tersebut.

“Sekiranya pihak Jabatan Audit Negara berpandangan terdapat apa-apa perkara yang perlu dipanjangkan ataupun dibawa ke perhatian badan penguatkuasaan seperti SPRM, itu (kerajaan) tidak ada halangan,” katanya.

Semalam, Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, pihaknya mendapati sejumlah RM3.77 bilion hasil kutipan levi daripada majikan digunakan HRD Corp untuk melabur dalam pelbagai aktiviti pelaburan.

Jelas Mas Ermieyati, matlamat penubuhan syarikat adalah bagi pengenaan dan pemungutan levi pembangunan sumber manusia bagi maksud penggalakan latihan dan pembangunan kerja, perantis dan pelatih serta penubuhan dan pentadbiran Kumpulan Wang.

Related Posts

MCMC siasat pempengaruh sebar maklumat palsu

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menjalankan siasatan terhadap seorang pempengaruh media sosial yang didakwa berkaitan penyebaran maklumat palsu dan pendedahan maklumat peribadi tanpa kebenaran. Tindakan ini dijalankan di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Harga santan stabil menjelang bulan depan – Mat Sabu

KERAJAAN memberikan jaminan harga santan akan stabil menjelang bulan depan, terutama pada sambutan Hari Raya Aidiladha. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pihaknya akan mengimport buah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wan Rosdy terima PhD Kehormat Universiti Yarmouk

Wan Rosdy terima PhD Kehormat Universiti Yarmouk

PGA rampas kayu balak nilai RM1.17 juta

PGA rampas kayu balak nilai RM1.17 juta

Sepanyol, Portugal putus bekalan elektrik beberapa jam

Sepanyol, Portugal putus bekalan elektrik beberapa jam

Sultan Pahang syor tubuh Pusat Rujukan Jawi

Sultan Pahang syor tubuh Pusat Rujukan Jawi

MCMC siasat pempengaruh sebar maklumat palsu

MCMC siasat pempengaruh sebar maklumat palsu

950 pekerja kilang Continental Alor Setar hilang pekerjaan akhir tahun ini

950 pekerja kilang Continental Alor Setar hilang pekerjaan akhir tahun ini