Hanya seteguk air peneman berbuka, haus panas cabaran getir rider ketika Ramadan

BULAN Ramadan merupakan detik getir dan mencabar bagi penghantar makanan yang bukan hanya terpaksa menahan lapar dan dahaga, namun perlu berhujan serta berpanas demi memastikan pesanan dapat dihantar kepada pelanggan mengikut waktu yang telah ditetapkan.

Berkongsi pengalaman, penghantar makanan Lala Move, Mohd Fadlul Azmi Kodirun, 38 berkata,  antara cabaran perlu dihadapi ialah menyusun waktu penghantaran khususnya menjelang berbuka puasa, yang juga dianggap sebagai waktu puncak ketika Ramadan.

Disebabkan dia tidak ‘menang tangan’ bagi menghantar tempahan, penghantar makanan sepertinya hanya berbuka puasa dengan seteguk air sahaja.

“Cabaran lain juga banyak. Pertama sekali, keadaan cuaca yang tidak menentu dan ia sedikit sebanyak membuatkan jumlah pesanan sedikit menurun. Kalau mingguan ketika puasa ini saya boleh dapat dalam RM500, berbanding bulan lain saya boleh cecah sehingga RM800.

“Daripada pagi memang kurang tempahan diterima, kebanyakan tempahan diterima hanya bermula jam 4 petang sehingga waktu berbuka dan mulai surut selepas moreh,” katanya ketika ditemui The Malaysia Press di Uptown Kajang, pada Isnin.

Walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran, namun Azmi berkata, terdapat momen yang berjaya menyentuh hatinya dan menjadi pembakar semangat untuk dia terus berkhidmat sebagai penghantar makanan.

Antara yang paling memberi kesan, dedahnya, apabila menerima tip daripada pelanggan kerana bersimpati selepas mendapat tahu dia masih belum berbuka puasa walaupun azan Maghrib telah berkumandang.

“Ada ketikanya bila saya hantar makanan, ada pelanggan tanya dah berbuka puasa ke belum. Saya hanya maklum hanya sempat minum air saja. Bila mereka dengar saya cakap macam itu, pelanggan kasihan dan lazimnya mereka akan bagi lebih tip untuk saya beli makanan berbuka.

“Kebaikan seumpama itu,membuatkan saya bersyukur kerana masih ada insan yang berhati mulia dan memahami kesukaran dihadapi sebagai seorang penghantar makanan walaupun ada juga saya dimaki disebabkan mereka tidak memahami situasi kami, khususnya waktu puncak.

“Dalam saya bekerja sebagai rider, saya tidak pernah sama sekali mengharapkan timbal balas daripada pelanggan, khususnya dalam mendapatkan tip lebih atau apa-apa ganjaran daripada pelanggan, namun kebaikan pelanggan ini adalah rezeki dan rahmat daripada Allah,” katanya.

Bagi Mohd Nor Adhafiz Adnan, 42, cabaran dihadapinya ketika bulan Ramadan ialah apabila terdapat banyak lokasi yang harus dituju untuk memastikan pesanan pelanggan berjaya dihantar sebelum waktu berbuka puasa.

“Ada juga pelanggan tidak memahami situasi kami terutamanya pada waktu puncak pada jam 6.30 petang dan 7.30 petang, iaitu waktu hampir berbuka puasa kerana permintaan memang akan tinggi sehingga saya terpaksa tolak pesanan makanan.

“Bagaimanapun, saya hanya bersabar dan bertenang kerana ia adalah lumrah ‘rider’ dalam mencari sesuap nasi,” katanya yang sudah lapan tahun bekerja sambilan sebagai penghantar makanan.

Sementara itu, penghantar McDonalds, Muhammad Aiman Syahmi, 23, pula berkata, kesabaran amat diperlukan ketika bekerja di bulan Ramadan kerana dia pernah dimaki oleh pelanggan, gara-gara makanan dipesan lambat diterima.

Jelas anak muda itu, kerap kali dia hanya sempat meneguk minuman sebelum kembali menjalankan tugas.

“Ada ketika saya hanya berpeluang menikmati juadah selepas tengah malam. Haus dan lapar memang sering dialami sebab perlu mengharungi cuaca panas.

“Saya pula memang bekerja dari pagi sampai ke malam kerana memang bertugas sepenuh masa,” katanya.

Dia turut berharap agar nasib golongan penghantar makanan sepertinya diberi perhatian sewajarnya oleh pihak berwajib.

“Saya harap agar rate (keuntungan) kepada penghantar makanan dinaikkan kerana ketika ini ia dilihat kurang memberi manfaat kepada kami. Kalau dinaikkan, kami sudah lega, jangan hanya beri keuntungan pada pelanggan sahaja dan abaikan nasib golongan kami,” katanya.

Related Posts

Sentuhan Bibiq jadi legasi, 3 sepupu kekalkan citarasa masakan payau

TAWAU – Dalam dunia kulinari yang semakin moden, tiga sepupu memilih untuk kembali kepada akar tradisi dengan mengekalkan sentuhan Bibiq (nenek) dalam setiap hidangan masakan daging rusa atau payau. Usaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekalan minyak dan gas Malaysia kekal terjamin, harga global jadi cabaran – PM

PUTRAJAYA – Malaysia masih berada dalam kedudukan kukuh dari segi bekalan minyak dan gas berbanding negara ASEAN lain, namun tidak terlepas daripada kesan kenaikan harga di peringkat global, kata Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Warga emas teruja pelajari ilmu produksi digital, bakal hasilkan video ‘Mengingati Ibu’

Warga emas teruja pelajari ilmu produksi digital, bakal hasilkan video ‘Mengingati Ibu’

‎Pendekatan berterusan perkukuh pendidikan, sumbang peningkatan prestasi akademik

  • By Ynom
  • May 5, 2026
‎Pendekatan berterusan perkukuh pendidikan, sumbang peningkatan prestasi akademik

Pasar Sejahtera Rakyat Perak diperluas, RM3.7 juta bantu rakyat hadapi kos sara hidup

Pasar Sejahtera Rakyat Perak diperluas, RM3.7 juta bantu rakyat hadapi kos sara hidup

‎Cadangan ‘barter trade’ diteliti, fokus aspek keselamatan – Hajiji

‎Cadangan ‘barter trade’ diteliti, fokus aspek keselamatan – Hajiji

Murid Tahun Dua maut dilanggar van ketika pulang sekolah

Murid Tahun Dua maut dilanggar van ketika pulang sekolah

Isu gajah DAK dibawa ke perhatian PM, kebajikan haiwan jadi keutamaan

Isu gajah DAK dibawa ke perhatian PM, kebajikan haiwan jadi keutamaan