Hampir 650 penduduk terjejas banjir di Seberang Perai

PUTRAJAYA – Seramai 648 mangsa banjir dari 173 keluarga dipindahkan ke 11 pusat pemindahan sementara (PPS) susulan kejadian banjir di beberapa kawasan di tiga daerah di Seberang Perai, semalam.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pulau Pinang berkata, antara daerah terjejas adalah Seberang Perai Selatan, (SPS) Seberang Perai Tengah (SPT) dan Seberang Perai Utara (SPU).

“Di daerah SPU sebanyak 471 mangsa dari 104 keluarga ditempatkan di empat PPS iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Lahar Yooi, Sekolah Agama Rakyat Ar-Ridwan, SK Padang Menora dan Dewan Banjir Labuh Banting.

“Bagi daerah SPT, sebanyak 177 mangsa dari 45 keluarga ditempatkan di lima PPS iaitu di SK Penanti, Dewan Bukit Teh, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Permatang Rawa, SMK Permatang Pasir dan Sekolah Rendah Islam Maahad At-Tarbiah,” katanya.

Menurutnya, di daerah SPS pula, dua PPS dibuka iaitu di Dewan Sungai Bakap dan di Dewan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Sanglang yang menempatkan 68 mangsa dari 24 keluarga.

“Berdasarkan situasi semasa, terdapat peningkatan mangsa banjir ditempatkan di PPS,” katanya.

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak yang berkuatkuasa sehingga esok.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow semalam berkata, taburan hujan lebat direkodkan mencecah 110 milimeter per jam sehingga berlaku banjir kilat membabitkan 43 kawasan di SPT dan 28 kawasan di SPS.

Katanya, situasi banjir masih dipantau Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dan Jabatan Pengairan Saliran (JPS) serta pihak berkuasa.

Related Posts

Bapa kepada dua kanak-kanak mangsa mercun bola disiasat polis

JITRA – Bapa kepada dua beradik yang cedera akibat bermain mercun bola di kawasan rumah mereka di Kampung Baru, Kuala Nerang pada 19 Mac lalu ditahan bagi membantu siasatan berhubung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Maxim anjur majlis berbuka puasa, raikan rakan pemandu di Sarawak

KUCHING – Dalam usaha menyokong rakan pemandu sepanjang bulan Ramadan, Maxim menganjurkan program berbuka puasa bersama serta menyampaikan bantuan keperluan asas kepada pemandu yang memerlukan. Menurut kenyataan rasmi Maxim, pihak Maxim…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bapa kepada dua kanak-kanak mangsa mercun bola disiasat polis

Bapa kepada dua kanak-kanak mangsa mercun bola disiasat polis

Dividen LTAT 5.25%, agihan tertinggi selepas 7 tahun

Dividen LTAT 5.25%, agihan tertinggi selepas 7 tahun

Maxim anjur majlis berbuka puasa, raikan rakan pemandu di Sarawak

Maxim anjur majlis berbuka puasa, raikan rakan pemandu di Sarawak

Kastam sita 363 kilogram syabu bernilai RM11.6 juta

Kastam sita 363 kilogram syabu bernilai RM11.6 juta

Jambatan Batang Rajang penghubung Tanjung Manis rasmi dibuka, pendekkan masa perjalanan 

  • By Winny
  • March 27, 2025
Jambatan Batang Rajang penghubung Tanjung Manis rasmi dibuka, pendekkan masa perjalanan 

Dijangka 2.77 juta kenderaan sehari di lebuh raya utama sempena Aidilfitri – LLM

Dijangka 2.77 juta kenderaan sehari di lebuh raya utama sempena Aidilfitri – LLM