Hampir 4.5 juta penduduk terjejas akibat banjir besar

DHAKA – Sekurang-kurangnya 13 orang maut dalam banjir besar yang turut menyebabkan hampir 4.5 juta orang terkandas di timur Bangladesh, kata kerajaan pada Jumaat.

Hujan lebat berhari-hari dan aliran air yang meningkat dari kawasan bukit di hulu menyebabkan sungai tempatan melimpah, mengakibatkan kerosakan meluas.

Kamrul Hasan, seorang pegawai kanan di Kementerian Pengurusan Bencana dan Bantuan berkata, 12 daripada 64 daerah pentadbiran terjejas akibat banjir yang menyebabkan 13 orang terkorban setakat Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Dia berkata, hampir 4.5 juta orang terjejas teruk akibat bencana itu.

“Keadaan sedang bertambah baik secara beransur-ansur,” kata Hasan, merujuk kepada ramalan pejabat meteorologi Dhaka yang menjangkakan pengurangan hujan.

Banjir itu menenggelamkan rumah, bangunan awam dan swasta, tanah pertanian dan jalan raya di kawasan yang luas di bahagian timur negara itu.

Operasi menyelamat dan bantuan sedang dijalankan di banyak tempat oleh anggota tentera darat, tentera laut dan pasukan pengawal pantai, serta perkhidmatan bomba dan sukarelawan daripada Persatuan Bulan Sabit Merah Bangladesh.

Related Posts

Kapal tangki China tembus sekatan AS di Selat Hormuz

TEHERAN – Sebuah kapal tangki China yang dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berjaya melalui Selat Hormuz pada Selasa, walaupun terdapat sekatan AS ke atas laluan sempit strategik itu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS, Iran gagal capai kata sepakat selepas 21 jam rundingan

ISLAMABAD – Amerika Syarikat (AS) dan Iran gagal mencapai sebarang persetujuan selepas lebih 21 jam rundingan damai bersejarah yang berlangsung di Pakistan. Naib Presiden AS, JD Vance, berkata rundingan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Potongan gaji menteri bergantung keputusan PM – Fahmi

Potongan gaji menteri bergantung keputusan PM – Fahmi

Kapal Malaysia antara terawal lepasi Selat Hormuz, harga minyak turut dipengaruhi kos insurans

Kapal Malaysia antara terawal lepasi Selat Hormuz, harga minyak turut dipengaruhi kos insurans