8.5 juta rakyat Malaysia bakal terima Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 29 Ogos ini

PUTRAJAYA – Seramai 8.5 juta rakyat Malaysia akan mula menerima pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 bermula Khamis depan (29 Ogos).

Menerusi satu kenyataan, Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan, penerima akan menerima bayaran sehingga RM650 mengikut kategori masing-masing.

Katanya, pembayaran pada 29 Ogos akan dibuat kepada penerima sedia ada, manakala pembayaran kepada penerima baharu dan mereka yang membuat rayuan akan bermula pada 18 September.

“Penerima sedia ada, serta penerima baharu atau mereka yang telah merayu dan berdaftar dalam pangkalan data STR, akan menerima pembayaran STR Fasa 3 mereka melalui pengkreditan akaun bank.

“Bayaran kepada penerima yang tidak mempunyai akaun bank akan disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat,” MOF berkata dalam satu kenyataan pada Jumaat.

MOF juga berkata, mulai tahun ini, kerajaan telah mengambil pendekatan baharu untuk membuka pendaftaran STR sepanjang tahun bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapat manfaat daripada bantuan kerajaan.

Hasilnya, jumlah penerima yang layak dijangka meningkat tahun ini, memandangkan proses permohonan dan kemas kini baharu yang dijalankan sepanjang tahun berbanding pendekatan setahun sekali sebelum ini.

“Sekiranya nama pemohon tiada dalam pangkalan data STR, mereka perlu membuat permohonan bagi membolehkan proses verifikasi mengikut kategori kelayakan STR dimuktamadkan,” katanya.

Related Posts

Isu air, tenaga di Sabah perlu ditangani – Fadillah

KOTA KINABALU – Isu air dan tenaga merupakan dua perkara yang perlu ditangani di Sabah sebaik mungkin, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof. Fadillah yang juga Menteri Peralihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jerman kecam rancangan Israel pindahkan penduduk Palestin ke Rafah
  • SitiSiti
  • July 14, 2025

CANSELOR Jerman, Friedrich Merz, pada Ahad mengkritik keras rancangan Israel untuk memindahkan penduduk Palestin ke sebuah kawasan penempatan sementara yang dibina di atas runtuhan bandar Rafah, selatan Gaza. Dalam satu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Turun Anwar: PAS tak percaya qada’ dan qadar Rukun Iman ke-6

Turun Anwar: PAS tak percaya qada’ dan qadar Rukun Iman ke-6

Remaja tengah ‘wheelie’ antara 65 ditahan dalam operasi khas

Remaja tengah ‘wheelie’ antara 65 ditahan dalam operasi khas

Isu air, tenaga di Sabah perlu ditangani – Fadillah

Isu air, tenaga di Sabah perlu ditangani – Fadillah

Jerman kecam rancangan Israel pindahkan penduduk Palestin ke Rafah

  • By Siti
  • July 14, 2025
Jerman kecam rancangan Israel pindahkan penduduk Palestin ke Rafah

Lawatan ke Kuala Lumpur ubah pandangan pelancong India

  • By Siti
  • July 14, 2025
Lawatan ke Kuala Lumpur ubah pandangan pelancong India

Sungai Krian ‘dilanggar Todak’ lagi, hatrik juara Regata Kalaka

Sungai Krian ‘dilanggar Todak’ lagi, hatrik juara Regata Kalaka