Hampir 200 rakyat Johor terima rumah percuma

JOHOR BAHRU – Meskipun kurang daripada dua tahun tempoh pelaksanaannya, namun projek Rumah Kasih Johor (RKJ) telah berjaya memberikan manfaat kepada hampir 200 penduduk negeri kurang berkemampuan untuk memiliki kediaman sendiri secara percuma.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, seawal tahun 2023, kerajaan negeri telah berjaya membina 50 buah unit RKJ sebelum ia ditingkatkan kepada 120 unit pada tahun ini.

“Untuk makluman semua, pencapaian tahun pertama pelaksanaan RKJ tahun 2023, pihak Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ) melalui kontraktor utama RKJ, Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) E&C telah berjaya membina 50 unit di 10 daerah dengan lima unit di setiap daerah diperuntukkan.

“Penyerahan kunci kepada penerima-penerima RKJ telah dilaksanakan pada April tahun ini melalui Program Jelajah Kasih Ramadan PKPJ. Alhamdulillah kita dapat membantu 50 keluarga golongan miskin dan miskin tegar memiliki rumah secara percuma pada Ramadan lalu,” katanya.

Menurut beliau, dalam menjayakan rancangan RKJ, setiap wakil rakyat diberi tanggungjawab mencadangkan nama peserta RKJ di setiap kawasan masing-masing berdasarkan syarat ditetapkan.

“Dalam Ucapan Belanjawan tahun 2024 oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, peruntukan RKJ telah dipertingkatkan kepada 120 unit. Manakala dalam ucapan Belanjawan 2025, Kerajaan Negeri bersetuju mempertingkatkan peruntukkan RKJ kepada 165 unit.

“Sebagai usaha membantu rakyat, Kerajaan Negeri turut melakukan beberapa penambahbaikan untuk pelaksanaan Pembangunan Rumah Kasih bermula tahun 2024.

“Antaranya, kelonggaran kepada syarat pemilikan tanah cadangan RKJ. Calon boleh menggunakan tanah milik ibu bapa, keluarga terdekat sebagai tapak RKJ dengan syarat mendapat kebenaran bertulis pemilik tanah,” katanya.

Related Posts

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

KOTA KINABALU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meluluskan empat Rang Undang-Undang (RUU) pada mesyuarat pertama penggal kedua DUN Sabah yang ke-17, di sini pada Khamis.  Antara RUU baharu yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

DATUK Mubarak Dohak dilapor menangguhkan arahan pengosongan kompaun kediaman rasmi Balai Luak Undang Sungei Ujong buat masa ini atas beberapa alasan. Setiausaha Sulit Undang Luak Sungei Ujong , Ahmad Hanafi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

SICC transformasi jadi platform strategik jaringan perniagaan serantau

SICC transformasi jadi platform strategik jaringan perniagaan serantau

Hari Sukan SK FELDA Jengka 24 platform jalin hubungan antara komuniti

Hari Sukan SK FELDA Jengka 24 platform jalin hubungan antara komuniti

133 jemaah haji Sarawak berangkat ke Tanah Suci diiringi doa TYT Sarawak

133 jemaah haji Sarawak berangkat ke Tanah Suci diiringi doa TYT Sarawak