Hamas nafi Mohammed Deif terkorban

TEHRAN – Kumpulan pejuang Palestin, Hamas menafikan laporan akhbar Asharq al-Awsat yang berpangkalan di London, yang mendakwa bahawa ketua sayap tentera Hamas, Mohammed Deif telah terkorban, lapor Islamic Republic News Agency (IRNA).

Hamas menerusi satu kenyataan pada Sabtu berkata laporan berita tersebut adalah tidak benar, dan menyeru semua media supaya menyebarkan maklumat berita dengan tepat dan bertindak profesional.

Reaksi itu muncul selepas akhbar Asharq al-Awsat, memetik sumber Hamas, mendakwa bahawa kumpulan itu telah mengesahkan Deif telah terkorban dalam serangan udara rejim Israel di Gaza pada pertengahan Julai.

Deif ialah ketua sayap tentera Hamas, Briged Izz al-Din al-Qassam, dilahirkan pada 1965 di Kem Pelarian Khan Yunis di Semenanjung Gaza dan tinggal bersama sebuah keluarga yang menjadi pelarian semasa perang Palestin 1948.

Rejim Israel pada 1 Ogos mendakwa bahawa Deif telah terbunuh dalam serangan udara di Khan Yunis, selatan Gaza dua minggu sebelumnya.

Serangan tersebut merupakan percubaan kelapan rejim Israel untuk membunuh Deif, menurut media rejim.

Related Posts

Wartawan Perancis fail aduan isu sekatan kebebasan media di Palestin
  • SitiSiti
  • December 3, 2025

PERSEKUTUAN Antarabangsa Wartawan (IFJ) dan Kesatuan Wartawan Nasional Perancis (SNJ) memaklumkan bahawa mereka telah memfailkan aduan berhubung sekatan kebebasan media serta dakwaan jenayah perang di wilayah Palestin. Dalam kenyataan bersama,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lebih 600 terkorban akibat banjir di Sumatera

JAKARTA – Agensi Bencana Indonesia melaporkan peningkatan ketara angka korban susulan banjir besar dan tanah runtuh di Sumatera, dengan sekurang-kurangnya 604 kematian direkodkan setakat ini, lapor agensi berita Jerman dpa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan jadikan Albert Tei hero integriti, pemberi rasuah bukan ‘whistleblower’

Jangan jadikan Albert Tei hero integriti, pemberi rasuah bukan ‘whistleblower’

Penjawat awam Pahang dapat bonus 2 bulan

Penjawat awam Pahang dapat bonus 2 bulan

Pemergian Bung beri kesan besar buat UMNO, BN dan rakyat Sabah – Zahid Hamidi

Pemergian Bung beri kesan besar buat UMNO, BN dan rakyat Sabah – Zahid Hamidi

Bung agresif di Parlimen, di rumah teramat lembut – Shaheizy Sam

Bung agresif di Parlimen, di rumah teramat lembut – Shaheizy Sam

PM sifatkan Bung lantang perjuang hak rakyat

PM sifatkan Bung lantang perjuang hak rakyat

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah