Hakim Besar Malaya pangku tugas Ketua Hakim Negara

HAKIM Besar Malaya, Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim, kini menjalankan kuasa dan tugas sebagai Ketua Hakim Negara berikutan kekosongan jawatan tersebut.

Menurut kenyataan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan hari ini, pelantikan Tan Sri Hasnah sebagai pemangku adalah selaras dengan Perkara 131A Perlembagaan Persekutuan serta peruntukan Seksyen 9(1)(b) dan Seksyen 9(3) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 [Akta 91].

Kenyataan itu berkata, pelaksanaan tugas ini turut merangkumi segala fungsi Ketua Hakim Negara di bawah Perlembagaan Persekutuan, selagi mana jawatan tersebut masih kosong.

Perkara 9(1) memperuntukkan bahawa jika pada bila-bila masa Ketua Hakim Negara tidak dapat menjalankan kuasa atau melaksanakan tugas jawatannya sama ada disebabkan oleh penyakit, ketiadaan dari Malaysia atau apa-apa sebab lain, sekiranya berlaku kekosongan dalam jawatan itu, maka kuasa dan tugas tersebut boleh dipangku.

Perkara 9(1)(a) menetapkan bahawa tanggungjawab itu akan dipangku oleh Presiden Mahkamah Rayuan (PCA).

Sekiranya PCA tiada di Malaysia atau tidak dapat melaksanakan tugas tersebut, atau jika berlaku kekosongan dalam jawatan itu, maka mengikut Perkara 9(1)(b), tugas tersebut boleh dilaksanakan oleh Hakim Besar Malaya.

Pejabat Ketua Pendaftar turut menegaskan bahawa Badan Kehakiman Malaysia sentiasa kekal teguh dalam melaksanakan peranan sebagai penjaga keadilan dan akan terus berkhidmat dengan penuh dedikasi demi rakyat dan negara.

Kekosongan jawatan Ketua Hakim Negara berlaku susulan persaraan wajib penyandangnya, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, pada 2 Julai lalu.

Tengku Maimun mencatat sejarah sebagai wanita pertama dilantik ke jawatan tertinggi institusi kehakiman negara dan telah berkhidmat selama enam tahun dalam peranan tersebut.

Sebelum bersara, beliau menyempurnakan tugas terakhirnya dengan mempengerusikan dua prosiding mahkamah, termasuk rayuan akhir kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais.

Tengku Maimun dilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada 2 Mei 2019, menggantikan Tan Sri Richard Malanjum.

Related Posts

Isu air, tenaga di Sabah perlu ditangani – Fadillah

KOTA KINABALU – Isu air dan tenaga merupakan dua perkara yang perlu ditangani di Sabah sebaik mungkin, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof. Fadillah yang juga Menteri Peralihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jerman kecam rancangan Israel pindahkan penduduk Palestin ke Rafah
  • SitiSiti
  • July 14, 2025

CANSELOR Jerman, Friedrich Merz, pada Ahad mengkritik keras rancangan Israel untuk memindahkan penduduk Palestin ke sebuah kawasan penempatan sementara yang dibina di atas runtuhan bandar Rafah, selatan Gaza. Dalam satu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Turun Anwar: PAS tak percaya qada’ dan qadar Rukun Iman ke-6

Turun Anwar: PAS tak percaya qada’ dan qadar Rukun Iman ke-6

Remaja tengah ‘wheelie’ antara 65 ditahan dalam operasi khas

Remaja tengah ‘wheelie’ antara 65 ditahan dalam operasi khas

Isu air, tenaga di Sabah perlu ditangani – Fadillah

Isu air, tenaga di Sabah perlu ditangani – Fadillah

Jerman kecam rancangan Israel pindahkan penduduk Palestin ke Rafah

  • By Siti
  • July 14, 2025
Jerman kecam rancangan Israel pindahkan penduduk Palestin ke Rafah

Lawatan ke Kuala Lumpur ubah pandangan pelancong India

  • By Siti
  • July 14, 2025
Lawatan ke Kuala Lumpur ubah pandangan pelancong India

Sungai Krian ‘dilanggar Todak’ lagi, hatrik juara Regata Kalaka

Sungai Krian ‘dilanggar Todak’ lagi, hatrik juara Regata Kalaka