Hajiji santuni jemaah haji Tuaran

TUARAN – Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri Juliah Salag menyantuni bakal jemaah haji dalam satu majlis ringkas, di Kampung Serusup, di sini pada Rabu.

Majlis tersebut diadakan bagi meraikan 31 bakal jemaah haji kawasan ini serta menyuntik semangat sebelum keberangkatan mereka ke Tanah Suci.

Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman, menzahirkan doa dan harapan agar semua jemaah diberikan kelancaran perjalanan, kesihatan yang baik dan mendapat haji yang mabrur.

“Saya doakan agar semuanya dipermudahkan dan selamat pergi serta selamat pulang,” katanya dalam kenyataan.

Pada majlis tersebut, beliau dan isteri turut menyampaikan sumbangan kepada para jemaah haji dan petugas Tabung Haji serta meluangkan masa beramah mesra bersama mereka.

Suasana majlis turut diserikan dengan bacaan doa selamat serta jamuan santai.

Turut hadir Pengarah Eksekutif Operasi, Lembaga Tabung Haji, Mohamed Ameen Abdul Wahab; Pengarah Wilayah Sabah dan Sarawak Lembaga Tabung Haji, Datuk Nurlaila Said; Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Cawangan Sabah, Datuk Norjeli Dais dan Pengarah Negeri Sabah, Lembaga Tabung Haji, Yusdi Nasip.

Related Posts

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

SEBERANG PERAI – Seramai 11 warga Indonesia direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung lima kes samun bersenjatakan parang di tapak penginapan warga asing sekitar Pulau Pinang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penjawat awam parah dihempap pokok ketika ukur tanah

LAWAS – Seorang penjawat awam lelaki berusia 37 tahun mengalami kecederaan parah selepas dihempap pokok ketika menjalankan kerja ukur tanah di kawasan hutan Kampung Murud Suang dan ditemui dalam keadaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis