Had tempoh PM: PN lebih utamakan kepentingan politik

PUTRAJAYA – Kegagalan Rang Undang-Undang (RUU) mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri memperoleh majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat mencerminkan pembangkang belum berani meletakkan kepentingan nasional melebihi kepentingan politik.

Naib Presiden PKR, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, cadangan yang dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu merupakan langkah berani dalam usaha memperkukuh reformasi institusi negara.

Menurut beliau, meskipun peluang meluluskan pindaan itu terlepas tipis dengan hanya dua undi, namun tiada Ahli Parlimen yang secara langsung menolak cadangan mengehadkan tempoh Perdana Menteri kepada 10 tahun.

“Dengan ketidakhadiran 32 Ahli Parlimen serta 44 Ahli Parlimen Pembangkang yang memilih untuk tidak mengundi, Pindaan Perlembagaan yang berhasrat untuk mengehadkan tempoh Perdana Menteri belum dapat direalisasikan kerana Pindaan Perlembagaan memerlukan sekurang-kurangya sokongan 148 Ahli Parlimen.

“Ini menunjukkan bahawa proses dan tanggungjawab islah yang merupakan jiwa parti PKR tidak boleh dijayakan secara solo tetapi adalah tanggungjawab kolektif pelbagai pihak,” katanya menerusi kenyataan, pada Selasa.

Dalam pada itu, Amirudin yang juga Ahli Parlimen Gombak tetap menganggap usaha mengehadkan tempoh perdana menteri kepada 10 tahun sebagai langkah bersejarah walaupun gagal dalam pengundian di Parlimen, pada Isnin.

“Langkah berani ini merupakan kali pertama mana-mana perdana menteri ataupun presiden sebuah parti membawa cadangan seumpama ini ke Dewan Rakyat.

“Ini juga mencerminkan komitmen Perdana Menteri dan PKR kepada reformasi yang diterjemahkan kepada usaha yang sebenar,” katanya.

Pada masa sama, beliau yang juga Menteri Besar Selangor turut mengingatkan semua pihak dalam kerajaan agar tidak alpa terhadap peranan masing-masing serta terus memperkukuh iltizam menjayakan agenda reformasi demi kepentingan rakyat dan negara.

“Ini turut merupakan peringatan kepada semua pihak dalam Kerajaan bahawa setiap Ahli Parlimen tidak boleh leka akan tanggungjawab hakiki.

“Kita tidak seharusnya membenarkan satu insiden untuk melunturkan semangat kepada agenda reformasi demi kebaikan rakyat dan negara yang kita cintai ini,” katanya.

Related Posts

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

KUALA LUMPUR – Lebih 1,456 syarikat dari 63 buah negara menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026 bermula esok hingga Khamis ini. Menteri Pertahanan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Iran tarik diri pameran DSA 2026

KUALA LUMPUR – Iran menyatakan hasrat menarik diri pada saat akhir daripada menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan National Security Asia (NATSEC Asia) 2026. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

Lelaki ditemukan meninggal dunia di taman permainan

Lelaki ditemukan meninggal dunia di taman permainan

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

Iran tarik diri pameran DSA 2026

Iran tarik diri pameran DSA 2026

Langkah berani tubuh GPS terbukti selamatkan kedaulatan Sarawak

Langkah berani tubuh GPS terbukti selamatkan kedaulatan Sarawak