Gugup, gementar namun teruja undi pertama kali

KLUANG – Rata-rata pengundi 18 yang ditemui pada hari mengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota meluahkan rasa gementar namun tetap teruja untuk menunaikan tanggungjawab pertama kali sebagai warga negara Malaysia.

Seorang pelajar lepasan SPM, Aireen Khairul Faizi, 18, berkata, perasaannya bercampur baur menjelang hari pembuangan undi hari ini.

Dia yang tinggal di Taman Sri Kluang menjelaskan telah mendapatkan pelbagai info mengenai kedua-dua calon melalui media sosial dan juga merujuk pendapat ibu bapanya sebelum menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi buat pertama kali.

“Saya bangun awal pagi hari ini, mula berdebar, gementar tapi saya sangat teruja dan semangat. Undi adalah rahsia namun saya yakin telah membuat pilihan yang tepat,” katanya ketika ditemui di Pusat Mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Hussein Onn, Kluang, hari ini.

Bagi Jason, 18, berkata, hari mengundi hari ini merupakan saat yang ditunggu-tunggu walaupun agak gementar pada mulanya.

“Saya sudah selesai mengundi hari ini, saya memang semangat, teruja kerana ini pengalaman pertama saya mengundi, saya harap pengundi baharu seperti saya tidak melepaskan peluang, keluarlah dan pergilah mengundi sebelum tamat pukul 6 petang ini,” katanya ketika ditemui.

Sementara itu, Akmal Hishammuddin, 18, berkata, dia membuat rujukan dengan melihat cara dan proses mengundi di laman sosial malam tadi.

“Ini pertama kali saya datang mengundi, perasaannya sedikit gementar sebab takut ada buat kesilapan ke apa.

“Selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) umumkan ada PRK bulan lepas, saya terus buat semakan dan nama saya layak untuk mengundi, memang dapat rasa aura rasa teruja,” katanya.

Bagi Nursyifa Rasli, 19, pula berkata, dorongan daripada ahli keluarga supaya keluar membuang undi hari ini dapat mengurangkan sedikit rasa gugup dan gementar untuk mengundi kali pertama.

“Saya selepas selesai solat Subuh terus bersiap-siap untuk datang ke Pusat Mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Sri Kluang pukul 7.30 dan beratur seawal pagi untuk jadi antara pengundi terawal,” katanya ketika ditemui.

PRK DUN Mahkota menyaksikan pertembungan dua penjuru antara calon Kerajaan Perpaduan, Syed Hussien Syed Abdullah, 38, dari Barisan Nasional (BN) menentang Haizan Jaafar, 61, dari Perikatan Nasional (PN).

Seramai 66,318 pemilih layak mengundi di PRK DUN Mahkota kali ini.

Related Posts

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

PUTRAJAYA – Pelaksanaan undang-undang antarabangsa perlu dilaksanakan secara adil dan konsisten kepada semua pihak bagi memastikan kredibilitinya terus terpelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata, penguatkuasaan secara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

PUTRAJAYA – Akta Pekerja Gig 2025 (Akta 872) perlu dinilai secara adil dan tidak tergesa-gesa membuat kesimpulan negatif oleh pelbagai pihak, memandangkan kerangka undang-undang tersebut masih berada dalam fasa awal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan