Graduan Kolej Komuniti capai kebolehpasaran tinggi, perkasakan agenda TVET

KANGAR – Keberkesanan sistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara sekali lagi terbukti apabila graduan Kolej Komuniti mencatat kadar kebolehpasaran setinggi 98.8 peratus pada tahun 2024.

Pengarah Bahagian Kompetensi dan Peningkatan Kerjaya, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi, Tengku Besaruddin Tengku Yaakob, berkata pencapaian tersebut membuktikan graduan TVET mampu memenuhi keperluan industri semasa dan bersaing dalam pasaran kerja.

Menurut beliau, TVET kini bukan lagi dianggap sebagai pilihan kedua, sebaliknya telah diangkat sebagai arus perdana seiring pelaksanaan Dasar TVET Negara 2030 yang memberi fokus melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi.

“Tahun ini sahaja, seramai 62,485 pelajar ditawarkan tempat pengajian di Politeknik dan Kolej Komuniti (PolyCC) di seluruh negara termasuk Kolej Komuniti Arau dan cawangan Kangar,” katanya ketika berucap pada Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Arau di sini hari ini.

Beliau berkata, selain kejayaan dalam kebolehpasaran kerja, Kolej Komuniti juga menunjukkan pencapaian membanggakan dalam bidang keusahawanan apabila 119 inkubator melibatkan 476 pelajar berjaya merekodkan jualan hampir RM800,000.

Katanya, PolyCC turut mengintegrasikan elemen digital seperti Artificial Intelligence (AI) dan Augmented Reality (AR) dalam pembelajaran, sekali gus memberi nilai tambah kepada graduan agar lebih bersedia menghadapi cabaran teknologi global.

“Graduan Kolej Komuniti adalah generasi TVET yang diyakini dapat menjadi pemacu kejayaan negara, bukan sahaja sebagai tenaga kerja kompeten, malah sebagai peneroka inovasi dan penyumbang kepada kesejahteraan masyarakat,” katanya.

Related Posts

PROPUB beri pendedahan awal keusahawanan digital kepada belia Mukah

MUKAH – Program Pemerkasaan Usahawan Berjaya Program Pemasaran Digital (PROPUB) memberi pendedahan awal kepada belia di daerah ini mengenai asas keusahawanan dan penggunaan platform digital dalam perniagaan. Ahli Dewan Undangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelajar hilang dipercayai lemas dekat Pantai Balok

KUANTAN – Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah di sini dikhuatiri lemas ketika melakukan aktiviti di Pantai Balok, berhampiran Maahad Tahfiz Turath, lewat petang semalam. Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

Kawalan akaun media sosial perlu, elak risiko dalam talian kanak-kanak – Pengamal undang-undang

Kawalan akaun media sosial perlu, elak risiko dalam talian kanak-kanak – Pengamal undang-undang

Angkut ‘si manja’ balik kampung, pemilik kongsi pengalaman dan cabaran

Angkut ‘si manja’ balik kampung, pemilik kongsi pengalaman dan cabaran

PROPUB beri pendedahan awal keusahawanan digital kepada belia Mukah

PROPUB beri pendedahan awal keusahawanan digital kepada belia Mukah

Serahan projek air RM4 bilion kepada Sabah bukti kepercayaan kepada autonomi negeri

Serahan projek air RM4 bilion kepada Sabah bukti kepercayaan kepada autonomi negeri

Pelajar hilang dipercayai lemas dekat Pantai Balok

Pelajar hilang dipercayai lemas dekat Pantai Balok