Golongan muda di Johor perlu manfaatkan hasil negeri

MUAR – Golongan muda di negeri ini disaran untuk bersama-sama memanfaatkan ekonomi Johor dengan mencari ruang dan peluang meneroka hasil bumi.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, selaras dengan kemajuan negeri yang berjaya dicapai setelah 67 tahun kemerdekaan, maka tiba masanya untuk anak muda Johor bersama-sama mencipta kejayaan yang wujud di negeri ini.

“Salah satu kewajipan kita adalah memastikan kemerdekaan ini diisi dengan kemajuan. Johor bukan sahaja perlu maju dari segi ekonomi dan infrastruktur malah setiap inci bumi negeri ini perlu maju secara holistik.

“Inilah antara inti pati utama Visi ‘Maju Johor 2030’. Bangsa Johor perlu maju dari segi pemikiran, peradaban, ketamadunan, ilmu, perwatakan, adat resam, nilai-nilai murni, jati diri dan sahsiah modal insannya,” katanya.

Terdahulu, teks ucapan beliau dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor, Azman Tamin sempena Perasmian Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibaran Jalur Gemilang Peringkat Johor 2024 di Dataran Tanjung Emas, di sini, hari ini.

Menurut Onn Hafiz, kerajaan negeri akan terus memastikan Johor sentiasa berada di landasan yang terbaik dari segenap segi dan justeru, bagi merealisasikan hasrat ini, gandingan bahu diantara semua pihak amat penting.

“Saya ingin berpesan kepada seluruh Bangsa Johor supaya sama-sama berganding bahu untuk memajukan negeri Johor selain tidak melupakan jasa dan pengorbanan pejuang tanah air dan generasi terdahulu yang tidak gentar berjuang memerdekakan negara.

“Meskipun banyak yang telah dilakukan pemimpin terdahulu, namun kami barisan pentadbiran negeri Johor tidak akan berhenti di sini. Saya bersama-sama Barisan Exco Kerajaan Negeri Johor dengan sokongan dan dokongan Penjawat Awam akan memastikan negeri ini terus cemerlang,” katanya.

Tambah beliau lagi, untuk mengekalkan keseimbangan, tidak boleh satu kaum semata-mata yang mendominasi ekonomi sedangkan kaum lain tertinggal jauh.

“Tanpa keseimbangan, Malaysia tidak
akan stabil dan makmur sebagaimana yang dinikmati sekarang. Justeru, kita wajar menghayati sejarah perjuangan kemerdekaan yang dikemudi oleh para pejuang kemerdekaan masa dahulu, supaya kita dapat menyumbang demi untuk mencapai kejayaan pada masa
hadapan,” katanya.

Related Posts

MBSP arah restoran nasi kandar terlampau kotor tutup serta-merta

BUTTERWORTH – Sebuah restoran nasi kandar di kawasan Seberang Perai Utara telah diarahkan tutup serta-merta selepas didapati terlalu kotor dan melanggar beberapa peraturan lain dalam Ops Bersepadu yang dijalankan pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nelayan pukat udang maut dipanah petir

KANGAR – Seorang nelayan maut selepas dipercayai dipanah petir ketika berada di atas bot di perairan Kuala Sungai Padang, Simpang Empat di sini semalam. Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MBSP arah restoran nasi kandar terlampau kotor tutup serta-merta

MBSP arah restoran nasi kandar terlampau kotor tutup serta-merta

Nelayan pukat udang maut dipanah petir

Nelayan pukat udang maut dipanah petir

Dasar pendidikan perlu konsisten, bukan bahan uji kaji – TPM

Dasar pendidikan perlu konsisten, bukan bahan uji kaji – TPM

Enam ‘scammers’ termasuk dua remaja mengaku lakukan penipuan

Enam ‘scammers’ termasuk dua remaja mengaku lakukan penipuan

Tun Ramli mahu i-Sejahtera diteruskan bagi ringankan beban rakyat

Tun Ramli mahu i-Sejahtera diteruskan bagi ringankan beban rakyat

Kawal harga rawatan, jangan abaikan nilai khidmat doktor – YPKM Sabah

Kawal harga rawatan, jangan abaikan nilai khidmat doktor – YPKM Sabah