Giliran Nik Nazmi lepas jawatan Kabinet

SELEPAS kira-kira dua jam Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli melepaskan jawatan sebagai menteri Kabinet, Nik Nazmi Nik Ahmad pula mengumumkan tindakan sama.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) itu mengumumkan sudah menghantar surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkuat kuasa 4 Julai ini.

“Saya bercuti bermula esok hingga 3 Julai 2025,” katanya menerusi Facebook.

Menerusi hantaran itu lagi, Nik Nazmi berkata, sejak dilantik ke dalam Jemaah Menteri – pertama sebagai Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (Disember 2022-Disember 2023) – dan seterusnya sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (Disember 2023—Julai 2025), beliau sudah berusaha sebaik mungkin dibantu Timbalan Menteri dan penjawat awam yang berdedikasi untuk melaksanakan reformasi.

“Kejayaan dua kementerian ini, antaranya pindaan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127] – Fasa 1, serta peningkatan ketelusan dalam laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA).

“Malaysia juga menjadi antara negara terawal mengemukakan National Biodiversity Strategies and Action Plan (NBSAP) bagi membendung kemusnahan alam semula jadi,” katanya.

Beliau menjelaskan, pengurangan kadar penyahutanan yang ketara juga mendapat pengiktirafan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Antonio Guterres.

“Hanya dalam beberapa minggu selepas dilantik, kami berjaya melaksanakan penyasaran semula subsidi elektrik di bawah mekanisme Imbalance Cost Pass-Through (ICPT) di Semenanjung Malaysia.

“Kami juga berjaya meluluskan Akta Kecekapan dan Pemuliharaan Tenaga di Dewan Rakyat.

“Dalam sektor air, kami memperkenalkan ‘Tariff Setting Mechanism’ yang amat diperlukan,” ujarnya.

Pasukan NRES memulakan Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara dari peringkat paling asas, dan kini berada di peringkat akhir sebelum dibentangkan ke Jemaah Menteri dan Parlimen.

Namun begitu, katanya, beliau sedar bahawa kedudukan ketika itu sebagai Naib Presiden PKR adalah antara pertimbangan utama dalam pelantikan ke Kabinet.

“Memandangkan saya tidak berjaya mempertahankan jawatan tersebut dalam pemilihan parti baru-baru ini, saya membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri,” tambahnya lagi.

Nik Nazmi turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para penjawat awam yang berwibawa, pasukan di pejabat NRES yang cemerlang, serta semua pihak daripada sektor awam, swasta dan masyarakat sivil yang banyak memungkinkan pelaksanaan pelbagai reformasi penting sepanjang tempoh berkenaan.

“Saya kini menantikan peluang untuk kembali menjalankan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen, serta menumpukan perhatian kepada khidmat di kawasan saya di Setiawangsa,” jelasnya.

Mengungkapkan semula kata-kata mendiang Ahli Parlimen Britain, Tony Benn: “Saya meninggalkan Kabinet untuk memberikan lebih masa kepada politik dan khidmat awam.”

Related Posts

UMNO undang pemimpin tertinggi parti Melayu, Islam mula usaha pembentukan kolaborasi agung

KUALA LUMPUR – UMNO akan mengundang pemimpin tertinggi setiap parti politik Melayu dan Islam untuk memulakan usaha pembentukan kolaborasi agung dalam masa terdekat. Presiden UMNO yang juga Pengerusi Barisan Nasional…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO tubuh kolaborasi agung Melayu tanpa menggugat Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR – UMNO berhasrat untuk menyatukan seluruh parti Melayu dan Islam di bawah satu gabungan dikenali ‘grand collaboration’ atau ‘kolaborasi agung’, tanpa berhajat untuk menggugat Kerajaan Perpaduan. Presiden UMNO,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO undang pemimpin tertinggi parti Melayu, Islam mula usaha pembentukan kolaborasi agung

UMNO undang pemimpin tertinggi parti Melayu, Islam mula usaha pembentukan kolaborasi agung

Kenyataan bertentangan gores UMNO datang daripada DAP ‘Team B’

Kenyataan bertentangan gores UMNO datang daripada DAP ‘Team B’

Projek Hopecare tingkat akses air bersih komuniti luar bandar Limbang

Projek Hopecare tingkat akses air bersih komuniti luar bandar Limbang

Ahmad Zahid diberi tanggungjawab jaga FELDA, FGV

Ahmad Zahid diberi tanggungjawab jaga FELDA, FGV

Maritim Tawau tahan bot nelayan tempatan, langgar syarat sah lesen

Maritim Tawau tahan bot nelayan tempatan, langgar syarat sah lesen

Sabah lancar pelan pengurusan warisan dunia baharu, tumpu isu perubahan iklim

Sabah lancar pelan pengurusan warisan dunia baharu, tumpu isu perubahan iklim