Gerakan boleh keluar PN jika mahu, kata Sanusi

ALOR SETAR – Parti Gerakan tidak perlu mengugut untuk keluar dari Perikatan Nasional (PN), sebaliknya mereka boleh meninggalkan gabungan itu jika sudah tiada lagi persefahaman.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, beliau bukan angkuh tapi hanya mengulas kenyataan dikeluarkan Timbalan Presiden Gerakan, Oh Tong Keong.

Katanya, Pas bersedia berbincang kemelut yang tercetus dalam mesyuarat bulanan PN bulan ini.

“Dia (Gerakan) yang buat kenyataan secara terbuka, ugut nak keluar PN. Sila keluar. Itu respons kami.

“Dia kata kalau tak ikut pandangan mereka, Gerakan akan keluar PN. Silakan, ‘the door is there’ (pintu ada di sana).

“Bukan kita tolak dia keluar. Tapi, kalau dia nak keluar, pintu sentiasa ada.

“Boleh keluarlah, bukan tak boleh,” katanya seperti dipetik dari Berita Harian.

Sebelum ini, Tong Keong dilaporkan berkata parti itu tidak teragak-agak keluar daripada PN dan kekal teguh menyokong serta mempertahan usaha sekolah Cina mengumpul dana walaupun terdapat ancaman tidak munasabah daripada sekutunya.

Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, Pas mungkin tidak akan bekerjasama dengan Gerakan pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), susulan kecewa dengan pendirian parti itu yang menyokong isu derma syarikat arak kepada sekolah.

Semalam, Presiden Gerakan, Dominic Lau berkata, PN perlu berbincang untuk menyelaraskan perbezaan bagi menguatkan kerjasama mereka.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata, Pas tidak akan mengikut telunjuk parti lain kerana setiap parti mempunyai pendirian masing-masing dalam sesuatu isu.

Beliau berkata, tindakan Gerakan berhubung isu berkenaan didorong oleh kehendak untuk menyenangkan hati pengundi Cina.

“Bincang dalam mesyuaratlah secara dalaman. Kalau Gerakan ada rasa tidak puas hati pada Pas, cakaplah.

“Kami (Pas) tak ada apa pun masalah. Kita hanya jawab apa dia kata. Dia yang ada masalah, dia punya pasallah,” katanya.

Related Posts

Desak Muhyiddin berundur, Ronald sila ‘cermin diri’

PUTRAJAYA – Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee bukan sosok pemimpin yang layak mendesak Presiden Parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur daripada memegang jawatan. Ketua Penerangan Armada Bersatu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Muhyiddin sudah hilang aura dan kredibiliti pimpin Bersatu

PUTRAJAYA – Tan Sri Muhyiddin Yassin digesa berundur secara terhormat kerana peranannya dilihat tidak lagi sesuai untuk membawa parti dan Perikatan Nasional (PN) ke hadapan. Ketua Bahagian Bersatu Kepala Batas,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

  • By Fandi
  • February 10, 2026
Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang