Bicara Eksekutif Integriti Daerah Lubok Antu beri pendedahan salah guna kuasa, penyelewengan

ENGKILILI – Unit Intergriti dan Ombudsman Sarawak Bersama pentadbiran Bahagian Sri Aman menganjurkan Bicara Eksekutif Intergriti Daerah Lubok Antu di Dewan Serbaguna Engkilili baru-baru ini.

Lebih 250 peserta menghadiri program ini yang terdiri daripada penjawat awam, ahli komuniti masjid, gereja, GLC serta Ketua Masyarakat, Ketua Kaum dari kawasan Daerah Lubok Antu dan Daerah Kecil Engkilili.

Menurut Pegawai Daerah Lubok Antu Akoi Ejau, objektif program ini adalah memberi pendedahan kepada peserta mengenai salah kuasa serta penyelewengan dan langkah membendung isu berkenaan.

“Penjawat awam perlu memainkan peranan penting untuk menyampaikan perkhidmatan yang berkesan,” katanya.

Tambah beliau, Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum menjadi penghubung antara kerajaan dengan masyarakat dalam menterjemahkan polisi.

“Program seperti ini sangat berguna dalam mempertingkatkan lagi tadbir urus, membanteras rasuah serta dapat menyemai nilai intergriti dalam diri,” ujarnya.

Antara pengisian dalam program ini ialah ceramah serta pameran daripada pelbagai agensi Kerajaan dan swasta antaranya ialah ‘Intergriti dan Ombudsman’ oleh Unit Intergriti dan Ombudsman Sarawak, ‘Anti Rasuah’ dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), ‘Peranan Jabatan Imigresen Dalam Menegakkan Intergriti di Sempadan Negara’ oleh Jabatan Imigresen Sarawak, ‘Kesedaran Awam’ oleh Jabatan Penjara Malaysia Cawangan Sri Aman, ‘Pentingnya Pendidikan Keselamatan dan Kesedaran Awam’ oleh Polis Diraja Malaysia Sarawak serta turut diadakan aktiviti kecerdasan oleh MAKSAK Wanita Bahagian Sri Aman.

Related Posts

Pusat Santuari Gajah Perak, solusi kurangkan konflik gajah-manusia

ISU konflik antara gajah dan manusia di kawasan Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Perak, bukan lagi perkara baharu, malah semakin membimbangkan. Kehadiran mamalia besar itu bukan sahaja menjadi ancaman kepada keselamatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Teknologi digital perkasa ilmu, pacu kemajuan masyarakat luar bandar

KUCHING – Sarawak terus melangkah ke hadapan dalam arus pendigitalan apabila Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan bahawa teknologi digital kini menjadi pemacu utama dalam memperkasa masyarakat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pusat Santuari Gajah Perak, solusi kurangkan konflik gajah-manusia

Pusat Santuari Gajah Perak, solusi kurangkan konflik gajah-manusia

Teknologi digital perkasa ilmu, pacu kemajuan masyarakat luar bandar

Teknologi digital perkasa ilmu, pacu kemajuan masyarakat luar bandar

Letak kenderaan di bahu jalan cetus kesesakan, polis ambil tindakan tegas

Letak kenderaan di bahu jalan cetus kesesakan, polis ambil tindakan tegas

Resipi PRN Sabah: Langkah strategik kestabilan nasional

Resipi PRN Sabah: Langkah strategik kestabilan nasional

Penduduk Kg Tinusa lega buaya 16kg ditangkap APM Sandakan

Penduduk Kg Tinusa lega buaya 16kg ditangkap APM Sandakan

Kos tukar paip lama Taman Tas cecah RM6 juta

Kos tukar paip lama Taman Tas cecah RM6 juta