Gempa bumi berskala 8.8 mangnitud melanda Rusia, amaran tsunami 4 meter telah dikeluarkan

GEMPA bumi sangat kuat bermagnitud 8.8 menggegarkan Semenanjung Kamchatka di rantau Timur Jauh Russia pada Rabu, sekaligus mencetuskan ombak besar tsunami setinggi  4 meter (13 kaki) yang mendorong pemindahan penduduk.

Gabenor Kamchatka, Vladimir Solodov berkata, gempa bumi yang berlaku adalah serius dan paling kuat dalam tempoh beberapa dekad.

“Setakat ini, tiada kecederaan dilaporkan namun berdasarkan maklumat awal, sebuah tadika mengalami kerosakan akibat gempa bumi,” katanya menerusi kenyataan di platform Telegram, pada Rabu.

Tsunami dengan ketinggian 3-4 meter (10-13 kaki) direkodkan di beberapa bahagian di Kamchatka, kata Menteri Kecemasan, Sergei Lebedev yang meminta orang ramai menjauhi pantai di semenanjung itu.

Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa bumi cetek itu berlaku pada kedalaman 19.3 kilometer dan berpusat kira-kira 125 kilometer ke timur Petropavlovsk-Kamchatsky iaitu sebuah bandar berpenduduk 165,000 orang di pantai Teluk Avacha.

Agensi Cuaca Jepun menjangkakan gelombang tsunami sehingga 3 meter akan sampai ke kawasan pantai yang luas bermula sekitar pukul 9 pagi (waktu Malaysia).

Penyiar awam negara Jepun, NHK berkata, arahan pemindahan telah dikeluarkan oleh kerajaan untuk beberapa kawasan.

Pekerja kilang dan penduduk di Hokkaido, utara Jepun berpindah ke kawasan bukit menghadap ke laut, demikian menurut rakaman saluran berita tempatan, penyiar TBS.

“Sila berpindah dengan cepat. Jika anda boleh, segera berpindah ke tempat  lebih tinggi dan jauh dari pantai,” kata seorang penyampai berita NHK.

Sistem Amaran Tsunami Amerika Syarikat juga mengeluarkan amaran ‘gelombang tsunami berbahaya’ dalam tempoh tiga jam akan datang di sepanjang beberapa buah pantai di Russia, Jepun dan Hawaii.

Amaran tsunami juga berkuat kuasa untuk wilayah pulau AS iaitu Guam dan pulau-pulau Micronesia yang lain.

Arahan pemindahan untuk bandar kecil Severo-Kurilsk, di selatan Semenanjung Kamchatka, diisytiharkan kerana ancaman tsunami, kata Gabenor Sakhalin, Valery Limarenko di Telegram.

Kamchatka dan Timur Jauh Rusia terletak dalam Lingkaran Api Pasifik, kawasan geologi aktif yang terdedah kepada gempa bumi besar dan letusan gunung berapi

Related Posts

Iran beri amaran Selat Hormuz tidak selamat jika eksport disekat

NAIB Presiden Pertama Iran, Mohammad Reza Aref, mengeluarkan amaran keras pada awal pagi Isnin bahawa keselamatan di Selat Hormuz tidak dapat dijamin sekiranya eksport minyak negara itu terus disekat. Menerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kapal tangki China tembus sekatan AS di Selat Hormuz

TEHERAN – Sebuah kapal tangki China yang dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berjaya melalui Selat Hormuz pada Selasa, walaupun terdapat sekatan AS ke atas laluan sempit strategik itu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita ditahan, lima senjata api termasuk M-16 dirampas

Wanita ditahan, lima senjata api termasuk M-16 dirampas

Wolves turun liga selepas gagal elak penyingkiran

Wolves turun liga selepas gagal elak penyingkiran

Hujan lebat dua jam akibatkan banjir kilat di Cameron Highlands

Hujan lebat dua jam akibatkan banjir kilat di Cameron Highlands

UMS, DBP ganding bahu martabat bahasa dan sastera kanak-kanak

UMS, DBP ganding bahu martabat bahasa dan sastera kanak-kanak

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan