Gaza umum jawatankuasa bagi pelan pemulihan

JAWATANKUASA Kebangsaan Palestin bagi Pentadbiran Gaza secara rasmi mengumumkan senarai ahlinya pada Sabtu, dengan operasi awal akan bermula dari Kaherah sebelum dipindahkan ke Gaza bagi melaksanakan pelan bantuan kecemasan.

Pengerusinya, Ali Shaath, berkata jawatankuasa itu ditubuhkan bagi mengurus fasa peralihan Gaza serta meringankan penderitaan kemanusiaan penduduk susulan kemusnahan besar akibat konflik berpanjangan.

Pengumuman itu dibuat sehari selepas Rumah Putih mengesahkan penubuhan Lembaga Keamanan dan meluluskan komposisi Jawatankuasa Kebangsaan Palestin bagi Pentadbiran Gaza, yang merupakan satu daripada empat badan ditetapkan untuk mengurus wilayah berkenaan dalam tempoh peralihan.

Shaath, seorang ahli akademik yang memiliki ijazah doktor falsafah dalam bidang kejuruteraan, berkata beliau akan mempengerusikan jawatankuasa itu.

Menurutnya, antara ahli dilantik ialah Ayed Abu Ramadan bagi portfolio ekonomi, perdagangan dan industri; Abdel Karim Ashour (pertanian); Ayed Yaghi (kesihatan); Osama al-Saadawi (perumahan dan tanah); serta Adnan Abu Warda (kehakiman).

Turut menganggotai jawatankuasa berkenaan ialah Mejar Jeneral Sami Nasman bagi hal ehwal dalaman dan keselamatan; Ali Barhoum (pihak berkuasa tempatan dan air); Bashir Al-Rayes (kewangan); Hanaa Terzi (hal ehwal sosial); Jabr al-Daour (pendidikan); dan Omar al-Shamali (telekomunikasi).

“Kami mengumumkan dari Kaherah penubuhan jawatankuasa yang bertujuan berkhidmat kepada rakyat Palestin serta mengangkat kezaliman bersejarah yang dialami penduduk Gaza,” katanya dalam temu bual bersama saluran televisyen kerajaan Mesir, Al-Qahera News, lapor Anadolu.

Shaath merakamkan penghargaan kepada Mesir dan Presiden Abdel Fattah al-Sisi atas sokongan berterusan terhadap Gaza, selain menghargai peranan negara pengantara termasuk Qatar dan Türkiye serta sokongan negara Arab dan antarabangsa lain.

Beliau berkata jawatankuasa itu mengguna pakai Pelan Pembinaan Semula dan Pemulihan Gaza yang dicadangkan Mesir sebagai asas operasi. Pelan berkenaan dilancarkan pada Mac lalu dan diterima pakai Liga Arab serta Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), selain mendapat sokongan beberapa pihak antarabangsa.

Menurutnya, fasa awal pelan itu memberi tumpuan kepada perlindungan kecemasan dengan menyediakan kediaman sementara sehingga rumah yang musnah dapat dibina semula, termasuk membawa masuk unit perumahan pasang siap menerusi pintu sempadan Rafah.

Pembukaan pintu sempadan Rafah menjadi keutamaan utama jawatankuasa itu kerana ia merupakan laluan penting bagi kemasukan bantuan kemanusiaan dan barangan asas. Israel menutup pintu sempadan berkenaan sejak Mei 2024 dan hanya membenarkan bantuan terhad.

Shaath berkata usaha awal turut melibatkan pemulihan perkhidmatan kesihatan dan pendidikan, termasuk perbincangan menempatkan hospital medan serta memindahkan ribuan mangsa cedera untuk rawatan di luar negara.

Jawatankuasa itu beroperasi di bawah Resolusi 2803 Majlis Keselamatan PBB yang diluluskan pada November lalu dan bersifat bukan politik, dengan mandat mengurus hal ehwal perkhidmatan awam harian di Gaza.

Jawatankuasa itu beroperasi di bawah pelan 20 perkara Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, bagi menamatkan konflik di Gaza yang diterima pakai Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerusi Resolusi 2803 pada 17 November lalu.

Di bawah resolusi berkenaan, jawatankuasa itu bersifat bukan politik dan bertanggungjawab mengurus hal ehwal perkhidmatan awam harian, serta dianggotai 11 tokoh nasional Palestin selain pengerusinya.

Related Posts

Penggodam dari ‘China’ aktif lancar serangan siber

LONDON – Agensi keselamatan siber antarabangsa menggesa semua pihak memperkukuh pertahanan terhadap rangkaian sulit yang digunakan penggodam berkait dengan China untuk menyembunyikan aktiviti siber berniat jahat. Perkara itu didedahkan Pusat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata, beliau akan melanjutkan gencatan senjata dengan Iran tanpa had, beberapa jam sebelum ia dijadual tamat. Katanya, ia bagi membolehkan kedua-dua negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Seraheng Kakan buka tirai Pesta Kaul, tarik kehadiran pelawat

Seraheng Kakan buka tirai Pesta Kaul, tarik kehadiran pelawat

Regatta Betong 2026: Sukan warisan kembali selepas 16 tahun menyepi

Regatta Betong 2026: Sukan warisan kembali selepas 16 tahun menyepi

Sarawak cadang perluas JMU, tingkatkan penyertaan pelajar luar bandar ke IPT

Sarawak cadang perluas JMU, tingkatkan penyertaan pelajar luar bandar ke IPT

Miri diperkasa sebagai hab ekonomi utama, pacu pengangkutan pintar

Miri diperkasa sebagai hab ekonomi utama, pacu pengangkutan pintar

Sarawak tekankan pembangunan Miri, ekonomi baharu dan pendidikan masa depan

Sarawak tekankan pembangunan Miri, ekonomi baharu dan pendidikan masa depan

‎APM Sabah diperkukuh, tingkat kesiapsiagaan operasi di Kota Kinabalu ‎

‎APM Sabah diperkukuh, tingkat kesiapsiagaan operasi di Kota Kinabalu ‎