Gangguan bekalan elektrik di Pantai Timur Sabah cetus fenomena ‘mati karan’ di media sosial

LAHAD DATU – Susulan gangguan bekalan elektrik yang berlaku, pengguna di sekitar Pantai Timur Sabah dilihat aktif memuat naik status berkenaan perkara itu sejak pukul 2.25 petang.

Tinjauan wartawan The Malaysia Press di media sosial mendapati gangguan bekalan itu dipercayai berlaku serentak di Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Felda Sahabat.

Dalam pada itu, beberapa kumpulan whatsapp di Lahad Datu turut menasihati pengguna jalan raya agar berhati-hati berikutan lampu isyarat tidak berfungsi akibat gangguan tersebut.

Sementara itu, Sabah Electricity (SE) dalam satu notis kecemasan memaklumkan, gangguan elektrik yang berlaku di Pantai Timur Sabah itu disebabkan gangguan penyaluran tenaga dari Sistem Grid Sabah kerana kejadian talian voltan tinggi.

Menurut SE, kerja-kerja memastikan punca gangguan dan seterusnya pemulihan bekalan sedang giat dilaksanakan oleh pasukan teknikal Sabah Electricity.

Pemulihan secara berperingkat juga akan dilakukan SE.

Related Posts

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

ALOR SETAR – Seorang Ahli Parlimen ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah pada Khamis bagi tujuan pertuduhan berkaitan usahasama ternakan lembu milik kerajaan negeri. Menurut sumber, penahanan itu susulan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bung Moktar akan dikebumikan di Kampung Likas
  • YnomYnom
  • December 5, 2025

KOTA KINABALU – Jenazah Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas, di sini, pada Jumaat. Ziarah terakhir Allahyarham diadakan di Idang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

Dewan Rakyat pasti merindui gelagat Bung – Amirudin

Dewan Rakyat pasti merindui gelagat Bung – Amirudin

Bung Moktar pemimpin lantang, jasanya kekal diingati – Fahmi

Bung Moktar pemimpin lantang, jasanya kekal diingati – Fahmi

Bung Moktar akan dikebumikan di Kampung Likas

  • By Ynom
  • December 5, 2025
Bung Moktar akan dikebumikan di Kampung Likas

397 PATI selesai jalani hukuman dipindah ke Indonesia

  • By Fatin
  • December 5, 2025
397 PATI selesai jalani hukuman dipindah ke Indonesia

Bung Moktar individu hebat, sahabat yang setia – Wan Rosdy

Bung Moktar individu hebat, sahabat yang setia – Wan Rosdy