Gabungan institusi Raja, kerajaan martabat syiar Islam

PUTRAJAYA – Kerajaan bersama institusi raja sentiasa cakna mengenai isu-isu dan penyelarasan hal ehwal agama Islam di Malaysia

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, gabungan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia ke-72 ini juga serius memberi perhatian terhadap pembangungan insan seiring membina masyarakat yang berakhlak mulia.

“Mesyuarat ini adalah ruang dan wadah terbaik di antara institusi Raja bersama anggota pentadbiran Kerajaan dalam meneliti serta membincangkan isu-isu dan penyelarasan hal ehwal agama Islam di Malaysia.

“Sementelah memberikan perhatian yang serius terhadap pembangunan insan dengan nilai ihsan, adab, dan wacana ilmu sebagai teras utama dalam memungkinkan tertegaknya Karamah Insaniah yang menjadi matlamat besar membangun tatanan yang madani,” katanya di Facebook pada Jumaat.

Beliau juga selaku Timbalan Pengerusi MKI, menzahirkan ucapan menjunjung kasih Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah mempengerusikan mesyuarat itu di sebuah hotel di sini hari ini.

“Semoga ikhtiar dan azam membangun dan mengangkat martabat Islam ini akan terus dipelihara demi maslahat umat dan negara,” katanya.

Turut sama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar

Related Posts

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

DALAM landskap politik hari ini, semakin kerap kita melihat naratif yang mengaitkan agama dan institusi diraja sebagai ukuran kejayaan sesebuah kerajaan. Doa, ucapan istiadat, dan simbol kebesaran digunakan untuk membentuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan kerajaan akan terus bertindak proaktif dalam mendepani krisis global yang semakin mencabar dan kompleks. Menerusi hantaran di akaun rasmi beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global

Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global

Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal