Gabungan coklat dan cendawan cetus rasa luar biasa di MICF 2025

KOTA KINABALU – Gabungan luar biasa antara coklat dan cendawan mencuri perhatian pengunjung Festival Antarabangsa Koko Malaysia (MICF) 2025 apabila syarikat tempatan memperkenalkan produk inovatif berasaskan herba dan makanan kesihatan.

Coklat, yang sinonim dengan rasa manis dan enak, tampil dengan wajah baharu menerusi penggabungan bersama cendawan perubatan yang memberi manfaat tambahan kepada kesihatan.

Menurut Pengurus Grusonn Wellness, Magnus Mong, inovasi ini lahir hasil pengalaman beliau sebagai bekas pengusaha penanaman cendawan perubatan atau master grower.

“Coklat merupakan makanan yang sihat tetapi apabila diproses secara berlebihan dan kandungan gulanya terlalu tinggi, ia menjadi kurang sihat.

“Sebelum ini saya merupakan seorang pengusaha ‘master grower’ cendawan, saya sendiri mengusahakan penanaman cendawan perubatan,” katanya ketika di temui oleh wartawan TMP di pameran MICF, di sini pada Ahad.

Tambahnya, Syarikat Vive turut melancarkan coklat gelap fungsi 80 peratus dengan cendawan perubatan, postbiotik dan kalsium, hasil kerjasama dengan Grusonn Wellness.

“Antara produk yang kami pasarkan seperti ‘ImmunoLux Blend’, ‘SmartFuel Blend’ dan ‘Shroomguard Blend’ mempunyai keistimewaan sendiri dan jenis cendawan yang digunakan.

“Bagi coklat ImmunoLux mempunyai dua bahan penting iaitu ‘tigers milik’ dan ‘reishi’.

“Manakala, coklat Smartfield diformulasi khas untuk menyokong kesihatan otak dan mata, Ia menggunakan ‘Lion’s Mane’ dan ‘Cordyceps’ dan rasanya sedikit manis secara semula jadi hasil dari ‘Cordyceps’.

“Coklat terakhir kami ialah Shroomguard, produk ini mengandungi lima jenis cendawan iaitu Brazil mushroom, Lion’s Mane, Tiger Milk, White Oyster, dan Black Fungus serta rasanya lebih kuat dengan aroma cendawan.

“Bagi pelanggan yang gemarkan rasa cendawan yang lebih ketara, Shroomguard adalah pilihan terbaik,” katanya.

Menurut Pengarah Pengurus dan Perniagaan Grusonn Wellness Sdn Bhd, Eric Khor berkata, cendawan ini ditanam di Malaysia adalah berkualiti tinggi dan coklat Malaysia juga terkenal di peringkat dunia, gabungan kedua-duanya merupakan satu inovasi yang menarik.

“Produk ini baru sahaja dilancarkan dan sedang dipasarkan di dalam Malaysia serta meluaskan pasaran ke luar negara.

“Kami ingin memperkenalkan koko Malaysia dan cendawan buatan Malaysia ke peringkat antarabangsa melalui produk utama kami iaitu Tiger Milk yang merupakan warisan tempatan Malaysia,” ujarnya.

Related Posts

Maritim Semporna tegas perangi jenayah ekosistem marin

SEMPORNA – Maritim Malaysia Zon Maritim Semporna menegaskan komitmennya memerangi jenayah terhadap ekosistem marin susulan rampasan 575 kilogram baja ammonia dipercayai untuk tujuan bom ikan. Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Harga lantai padi RM3,000 beri kesan harga beras – Dr Ismail

ALOR SETAR – Cadangan menetapkan harga lantai belian padi pada RM3,000 bagi setiap tan metrik berpotensi memberi kesan langsung kepada kenaikan harga beras di pasaran. Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Maritim Semporna tegas perangi jenayah ekosistem marin

Maritim Semporna tegas perangi jenayah ekosistem marin

Harga lantai padi RM3,000 beri kesan harga beras – Dr Ismail

Harga lantai padi RM3,000 beri kesan harga beras – Dr Ismail

Rayuan ditolak, bekas suami Jahidah dipenjara 14 tahun

Rayuan ditolak, bekas suami Jahidah dipenjara 14 tahun

Penyelewengan projek Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani akan didedahkan – Saifuddin

Penyelewengan projek Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani akan didedahkan – Saifuddin

MADA nafi lepas tangan, sentiasa peka masalah pesawah

MADA nafi lepas tangan, sentiasa peka masalah pesawah

Isu kalimah Allah di tokong: Gabungan NGO desak henti provokasi

Isu kalimah Allah di tokong: Gabungan NGO desak henti provokasi