Fokus persiapan pemilihan parti, PRN17 Sabah – Christina

KOTA KINABALU – Fokus utama kini tertumpu pada agenda yang lebih besar termasuk pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah, kata bekas Pengerusi Parti Harapan (PH) Sabah, Datuk Christina Liew.

Christina yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah berkata, tahun depan akan menjadi tahun kritikal untuk memastikan setiap agenda dirancang dan dilaksanakan dengan teliti.

“Kami sangat sibuk dengan persiapan ini. Perlu ada perbincangan strategik bersama PKR untuk memastikan langkah-langkah terbaik diambil.

“Masa untuk ‘move on’. Masa untuk bersatu demi kemenangan yang lebih besar,” katanya.

Walaupun mengakui beban kerja yang besar untuk tempoh 12 bulan akan datang, beliau kekal optimis terhadap masa depan PH.

“Fokus saya adalah untuk memperkukuhkan cabang di kawasan saya dan mempersiapkan diri untuk pilihan raya yang akan datang,” katanya lagi.

Pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PH Sabah telah menyaksikan pemilihan baharu Pengerusi PH Sabah, Datuk Ewon Benedick terpilih sebagai peneraju bagi tempoh 2024 sehingga 2026 di sini pada Ahad.

Christina berkata bahawa beliau akur keputusan pemilihan Pengerusi PH Sabah itu dan akan tetap meneruskan agenda penting iaitu pilihan raya yang akan datang.

“Terima kasih kepada semua penyokong PH atas sokongan berterusan yang telah diberikan selama ini.

“Saya amat yakin pengurusan baharu akan dapat meneruskan kerja-kerja yang telah kita lakukan selama bertahun-tahun,” katanya.

Sebagai rekod, selama tiga penggal Christina memegang memegang jawatan sebagai Pengerusi PH Sabah sejak tahun 2017.

Related Posts

Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

ALOR SETAR – Lelaki yang ditahan kerana disyaki memukul isterinya sehingga keguguran di Sungai Petani didapati mempunyai empat rekod jenayah termasuk kes mencederakan beberapa isteri lain serta teman wanitanya. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

KANGAR – Timbalan Ketua Angkatan Muda Harapan (AMH) Perlis, Azzin Izzad Bahanudin memangku jawatan Ketua AMH negeri itu berkuat kuasa serta-merta susulan peletakan jawatan Dr. Ahmad Fadhzil Mohamad. Peletakan jawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

Bantuan kewangan bukan ‘welfare state’, diberi berdasarkan kelayakan

Bantuan kewangan bukan ‘welfare state’, diberi berdasarkan kelayakan

Kebun Dapur jadi pemangkin, pinjaman tanpa faedah ganti RAER

Kebun Dapur jadi pemangkin, pinjaman tanpa faedah ganti RAER

Sarawak perintis ‘AI Grid’, sasar lahir 10,000 pakar teknologi digital

Sarawak perintis ‘AI Grid’, sasar lahir 10,000 pakar teknologi digital

Mangsa ribut, beberapa sekolah di Pendang dapat perhatian Kerajaan MADANI

Mangsa ribut, beberapa sekolah di Pendang dapat perhatian Kerajaan MADANI