Fokus pengukuhan dan kestabilan politik Kerajaan MADANI – Fadhlina

KUCHING – Kestabilan politik dan fokus pengukuhan menjadi teras utama Kerajaan MADANI.

Menurut Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek, apa-apa keputusan yang dilakukan adalah untuk mengekalkan Kerajaan MADANI sehingga penggal akan datang.

“Kita mahu Kerajaan MADANI akan terus bertahan sehingga penggal akan datang,” jelas beliau.

Ketika ditanya oleh media berkenaan keputusan PKR bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-13 (PRN13), Fadhlina berkata, apa-apa keputusan perlu mengambil kira pandangan semua pihak.

“Yang pasti, teras perbincangan dan keputusan tersebut perlu ke arah mengukuhkan Kerajaan MADANI,” ujar beliau lagi. 

Fadhlina merangkap Menteri Pendidikan menjelaskan perbincangan tersebut perlu memastikan antara hubungan Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri dalam keadaan baik.

Beliau berkata demikian ketika ditemu ramah oleh media semasa Iftar bersama KWP YB Fadhlina Sidek di hotel terkemuka di Kuching pada Khamis.

Sebelum ini, PKR Sarawak mengesahkan untuk bertanding pada PRN Sarawak ke-13.

Hasrat PKR Sarawak turut dimaklumkan kepada rakan komponen mereka dalam Pakatan Harapan (PH) Sarawak iaitu Parti Tindakan Demokrasi (DAP) Sarawak. 

Related Posts

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

KUALA LUMPUR – Penganjuran Pesta Vaisakhi sempena Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) bukan sahaja menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat, malah terus memberi impak positif kepada sektor pelancongan negara.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

TEMERLOH – Sepasang suami isteri warga emas maut manakala empat individu lain cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 134, Jalan Kuantan–Kuala Lumpur, petang Ahad lalu. Dalam kejadian kira-kira…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen