Fadhlina akan pertahan kedudukan Ketua Wanita PKR

KUCHING – Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek akan terus mempertahankan kedudukan beliau dalam pemilihan parti akan datang.

Fadhlina yang merangkap Menteri Pendidikan berkata, beliau bersyukur kerana sokongan daripada rakan seperjuangan dan cabang parti sangat kuat.

“Pemilihan pada kali ini adalah soal dan kesinambungan perjuangan parti. Saya bersyukur pemilihan kali ini juga dalam suasana harmoni dan berjalan dengan lancar,” ujar beliau.

Selain itu, kata beliau lagi, sebagaimana pemilihan sebelum ini, beliau akan terus bekerja keras dalam menjunjung aspirasi PKR.

“Saya juga akan memastikan golongan wanita akan terus suara yang terkuat dalam parti,” ujar beliau lagi.

Fadhlina berkata demikian ketika ditemu ramah oleh media pada Iftar bersama KWP YB Fadhlina Sidek di hotel terkemuka di Kuching pada Khamis.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail mengumumkan untuk bertanding merebut jawatan Ketua Wanita PKR mencabar penyandangnya Fadhlina Sidek dalam pemilihan parti akan datang.

Ujar Rodziah, keputusan tersebut diambil bertujuan membantu mengukuh struktur organisasi parti dalam membuat persedian menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. 

Related Posts

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

PUTRAJAYA – Sistem pendaftaran keahlian UMNO secara dalam talian mencatat sambutan menggalakkan apabila seramai 3,716 ahli baharu berjaya direkodkan dalam tempoh kurang 24 jam sejak dilancarkan. Berdasarkan data dikongsi Setiausaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, hari ini berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada 14 hakim dalam satu istiadat rasmi yang berlangsung di Istana Negara. Istiadat dimulakan dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cubaan seludup e-waste 88.39 kg berjaya digagalkan Kastam Pahang

Cubaan seludup e-waste 88.39 kg berjaya digagalkan Kastam Pahang

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP