Fenomena kepala air luar jangka punca banjir Raub

KUANTAN – Arus deras dan fenomena kepala air luar jangka mengakibatkan proses pemindahan penduduk terjejas banjir di Raub, Jumaat lalu berdepan kesukaran.

Bahkan, pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Raub terpaksa menunggu hampir lima jam sebelum boleh memasuki kawasan kampung pedalaman untuk memindahkan penduduk ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Perkara itu dikongsi pegawai kanan APM, Kapten (PA) Samasuddin Kambadee ketika ditemui di jambatan Kampung Sungai Pasu, kira-kira 10 kilometer dari bandar Raub, hari ini.

Beliau berkata, banjir yang berlaku lewat malam Sabtu lalu adalah gelombang kedua membabitkan lebih 1,000 penduduk.

“Kali pertama pada 10 November lalu dan ini adalah gelombang kedua… kebiasaannya sepanjang Monsun Timur Laut (MTL) akan berlaku hingga empat kali gelombang banjir.

“Walaupun cuaca sudah semakin baik hari ini, namun kebanyakan penduduk masih diminta berada PPS memandangkan paras air sungai di daerah Raub masih merekodkan bacaan waspada dan amaran,” katanya yang juga Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Raub.

Ditanya mengenai kerjasama daripada penduduk sepanjang proses pemindahan dilakukan APM bersama agensi lain, Samasuddin memaklumkan kebanyakan penduduk memberi kerjasama yang baik.

Katanya, bagi kes membabitkan penduduk yang uzur dan berdepan masalah kesihatan, pihaknya dengan kerjasama pejabat kesihatan daerah memindahkan mereka ke hospital untuk tujuan pemantauan.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Sungai Pasu, Mohd Zaidi Hashim berkata, kebanyakan penduduk di kawasan berkenaan sedia maklum mengenai keperluan untuk berpindah ke PPS apabila paras air meningkat.

“Cuma kali ini banjir berlaku terlalu cepat dan ramai penduduk mendakwa tidak sempat untuk membawa banyak benda penting ke PPS.

“Bagaimanapun semua keperluan mereka memang disediakan di PPS, jadi tidak ada masalah membabitkan hal makan minum dan keperluan lain,” jelasnya.

Beliau memaklumkan semua penduduk yang ditempatkan di PPS dijangka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing esok, bergantung keadaan cuaca.

Related Posts

Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

ALOR SETAR – Seorang mekanik yang ditahan susulan penemuan tiga pucuk pistol termasuk satu tiruan serta dua laras senapang angin di sebuah bengkel kenderaan di Baling, dekat sini pada Jumaat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Model pendidikan autisme kos rendah ubah akses luar bandar

KANGAR – Inisiatif Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) membuka Tabika Tunas Istimewa (TTI) di Perlis dilihat berpotensi mengubah landskap pendidikan khas luar bandar menerusi model kos rendah yang lebih inklusif. Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

Antara tekanan subsidi, kos hidup dan realiti ekonomi negara

Antara tekanan subsidi, kos hidup dan realiti ekonomi negara

Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

Model pendidikan autisme kos rendah ubah akses luar bandar

Model pendidikan autisme kos rendah ubah akses luar bandar

Warga emas teruja pelajari ilmu produksi digital, bakal hasilkan video ‘Mengingati Ibu’

Warga emas teruja pelajari ilmu produksi digital, bakal hasilkan video ‘Mengingati Ibu’

‎Pendekatan berterusan perkukuh pendidikan, sumbang peningkatan prestasi akademik

  • By Ynom
  • May 5, 2026
‎Pendekatan berterusan perkukuh pendidikan, sumbang peningkatan prestasi akademik