FELCRA umum pendapatan boleh agih RM192.51 juta

BAYARAN keuntungan boleh agih akhir tahun 2024 Projek Peserta FELCRA Bhd (FELCRA) berjumlah RM192.51 juta diumumkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Kuala Berang, Terengganu, petang tadi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ia mencatatkan peningkatan luar biasa iaitu sebanyak 154 peratus atau RM116 juta berbanding tahun sebelumnya dan memberi manfaat kepada lebih 68,400 peserta yang terbabit dalam 583 projek.

Katanya, ia adalah sebahagian daripada RM521.9 juta jumlah keuntungan boleh agih tahun 2024 dan FELCRA Berhad sudah salurkan dalam beberapa fasa kepada peserta.

“Saya tentunya sukacita mengumumkan Bayaran Keuntungan Boleh Agih Akhir Tahun 2024 melalui projek peserta FELCRA bahawa keuntungan yang akan diagihkan ini berjumlah RM192.51 juta yang mula dibuat pembayarannya secara berperingkat oleh pengurusan FELCRA.

“Sebagai menteri bertanggungjawab terhadap FELCRA, (saya) mahu melihat FELCRA ini terus membantu… bukan sahaja peserta melalui program penyatuan dan pemulihan tanah, tetapi pada waktu sama FELCRA turut terlibat di dalam memberikan peningkatan keterjaminan makanan.

“Ini termasuk kompleks ternakan ayam pedaging secara sistem tertutup yang telah dibuat di Pahang dan Insya-Allah ada dua tempat lain yang akan dilakukan,” katanya ketika berucap pada Majlis Santunan Kasih Ramadan dan Pengisytiharan dan Pengagihan Keuntungan Boleh Agih Akhir Projek Peserta-peserta FELCRA Berhad Tahun 2024, di Kuala Berang, Terengganu.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, dengan peningkatan ini, purata pendapatan bersih setahun seorang peserta meningkat kepada RM4,420 per hektar sekali gus memperkukuh kestabilan ekonomi masyarakat luar bandar.

Beliau berkata, kejayaan itu didorong oleh beberapa faktor utama termasuk peningkatan hasil ladang kelapa sawit dalam Program Penyatuan dan Pemulihan (P&P) yang mencatat peningkatan 9.24 peratus atau 1.44 tan metrik per hektar.

Katanya, pelaksanaan strategi penjimatan kos pengeluaran turut menyumbang kepada kejayaan ini dengan pengurangan kos lebih RM401 per hektar sekali gus meningkatkan keuntungan boleh agih kepada peserta.

Related Posts

Kestabilan negara perlu dimanfaat dalam memperkasa pembangunan, kebajikan rakyat

KUALA LUMPUR – Kerajaan dan politik negara kembali stabil selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang berlangsung pada November 2022. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peluang itu harus…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bung Moktar kritikal

PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu. Sumber memaklumkan Adun Lamag yang kini di unit rawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tuan Ibrahim perlu semak fakta sebelum timbulkan isu kewangan negeri – MB Pahang

Tuan Ibrahim perlu semak fakta sebelum timbulkan isu kewangan negeri – MB Pahang

80 tangki biru diagih, bantu penduduk terjejas masalah air

  • By Fatin
  • December 8, 2025
80 tangki biru diagih, bantu penduduk terjejas masalah air

DAP Sabah hormati keputusan PRN17 Sabah, terus rangka hala tuju masa depan parti

  • By Ynom
  • December 8, 2025
DAP Sabah hormati keputusan PRN17 Sabah, terus rangka hala tuju masa depan parti

Tun M didakwa alih isu RM40b dengan dakwaan ART

Tun M didakwa alih isu RM40b dengan dakwaan ART

Task force SWCorp Perlis rekod 1,258 tan sisa banjir

Task force SWCorp Perlis rekod 1,258 tan sisa banjir

Trump dakwa berjaya tamatkan 8 perang

Trump dakwa berjaya tamatkan 8 perang