Fadhlina tolak debat Rodziah, ini masa perkukuh parti

SEREMBAN – Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fadhlina Sidek menolak cabaran debat yang disuarakan Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail.

Menteri Pendidikan itu berkata, perkara itu dilihat tiada keperluan susulan apa yang paling penting adalah usaha memperkukuhkan parti dan memberi sokongan penuh kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Jawapan saya sama dengan Nurul Izzah, tidak ada keperluan. Sekarang ini fokus kami adalah untuk memperkukuhkan parti.

“Semua seruan-seruan itu yang kita telah pun bawa bersama adalah untuk terus memperkukuhkan parti dan memberikan sokongan penuh kepada presiden parti kita,” katanya kepada media selepas Majlis Temu Rapat Akar Umbi Bersama Nurul Izzah Anwar, pada Selasa.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pelawaan Rodziah untuk berdebat mengenai masa depan wanita dengannya.

Mengulas mengenai budaya berdebat, beliau berkata, ia adalah satu perkara yang baik sekiranya diterjemahkan dalam konteks membahaskan isu-isu dasar.

“Pada hakikatnya ia memerlukan kefahaman dan suasana yang kondusiflah untuk perdebatan itu berlangsung.

“Tapi dalam keadaan sekarang kita nak bagi tumpuan dalam konteks lebih utama dari segi kesatuan, kekuatan dan mengukuhkan kembali parti ini,” katanya.

Justeru itu beliau berkata, debat bukanlah menjadi keutamaan ketika ini dan tumpuan yang perlu diberi adalah kepada akar umbi.

“Mereka perlu diberi keyakinan bahawa pemilihan parti kali ini adalah soal memastikan pemimpin yang mereka pilih adalah pimpinan yang benar-benar membawa suara akar umbi dan perubahan,” katanya.

Related Posts

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

KUANTAN – Inisiatif Rumah Bangsa hasil ilham Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sudah mula menunjukkan hasil yang baik. Selain bertujuan memperkukuhkan perpaduan dalam parti, inisiatif itu juga dapat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dakwaan GPS tanding PRU di Sabah sekadar ‘cerita dongeng’, fitnah berniat jahat

KUCHING – Khabar angin yang tular di media sosial mendakwa Gabungan Parti Sarawak (GPS) sedang mempertimbangkan untuk bertanding di Sabah pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang ditegaskan sebagai berita…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM