Erdogan pejuang Palestin sejati, tidak gentar kutuk pendudukan haram rejim Israel

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan benar-benar bertindak dan menunjukkan ketegasan moral serta berani dalam memperjuangkan isu Palestin.

Perdana Menteri berkata, Erdogan dengan lantang bersuara menentang perampasan, penjajahan, dan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin ketika ramai pemimpin lain sanggup mengorbankan prinsip demi kepentingan sendiri.

Menurutnya, sokongan Turkiye terhadap Palestin bukan semata-mata dengan kata-kata, sebaliknya ia bersifat ketara, diplomatik, dan penuh dengan keteguhan

“Ketika yang lain masih ragu-ragu, beliau tetap berpendirian teguh. Dengan tumpuan dunia yang semakin meningkat, beliau memastikan bahawa sokongan terhadap Palestin diterjemahkan kepada tindakan yang bermakna,.

“Presiden Erdogan telah menunjukkan ketegasan moral dan keberanian dalam isu Palestin. Pada saat prinsip sering dikorbankan demi kesenangan, beliau dengan lantang bersuara menentang perampasan, penjajahan, dan pembunuhan beramai-ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis syarahan umum Erdogan sempena lawatan Presiden Turkiye itu ke Malaysia, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata, hampir tiga dekad lalu, beliau menulis buku The Asian Renaissance mengenai bagaimana negara dan bangsa di rantau ini bangkit daripada penjajahan, mengambil kembali hak mereka dan menempa laluan baharu menuju kemodenan.

Anwar yang juga Menteri Kewangan memaklumkan, fenomena serupa berlaku di Turkiye, satu kebangkitan teknologi yang membawa negara itu ke dimensi dan sempadan baharu.

“Kejayaan luar biasa dron Bayraktar adalah satu pencapaian industri yang hebat. Projek kenderaan elektrik TOGG, kemajuan dalam teknologi angkasa lepas, serta evolusi pesat dalam kecerdasan buatan semuanya menunjukkan sebuah negara yang enggan dikongkong oleh batasan masa lalu dan sebaliknya merangkul kebebasan serta kemajuan yang bermakna untuk benar-benar maju ke hadapan.

“Namun, di sebalik dasar dan statistik, terdapat sesuatu yang lebih sukar diukur tetapi tidak kurang penting, penegasan semula maruah nasional. Dalam arena geopolitik, Erdogan telah menjadikan Turkiye sebagai kuasa global dan memperoleh reputasi sebagai perantara yang dipercayai dalam usaha perdamaian di Timur Tengah dan hal ehwal Eropah.

“Hari ini, Turkiye bukan sekadar bertindak balas terhadap peristiwa, ia membentuk peristiwa tersebut. Ini bukan suatu kebetulan. Dan ini kerana Presiden Erdogan memahami bahawa sejarah tidak memihak kepada mereka yang lemah; ia menghormati mereka yang berani.

Pada masa sama, Anwar turut menyifatkan persahabatannya bersama Erdogan yang terjalin bukan sekadar dasar kepentingan sementara, tetapi atas solidariti yang teguh.

“Dalam saat kesukaran peribadi, beliau menghulurkan tangan ketika ramai yang berpaling. Sokongan beliau bukan sekadar formaliti atau bertujuan untuk kepentingan politik. Ia adalah satu ekspresi persaudaraan yang tulen. Saya tidak pernah melupakannya.

“Hanya segelintir negarawan dalam era kita yang menunjukkan ketabahan, keazaman, dan pemahaman yang mendalam terhadap arus sejarah seperti Presiden Erdogan. Selama lebih dua dekad, beliau telah mengemudi Turkiye melalui era transformasi yang luar biasa.

‘Beliau melakukannya dengan kejelasan matlamat dan keyakinan yang jarang ditemui serta dikagumi. Malah, Presiden Erdogan telah mengubah landskap pemerintahan Turkiye, mengukuhkan kebanggaan nasional, dan meletakkan Turkiye sebagai pemain penting di pentas global,” katanya.

Related Posts

Malaysia lebih bahagia mengatasi tahap purata global – IPSOS

INDEKS Kebahagiaan IPSOS 2025 mencatatkan Malaysia berada pada tahap kebahagiaan yang lebih tinggi berbanding tahap purata kebahagiaan global sekali gus mengatasi beberapa negara maju di Asia. Berdasarkan hasil tinjauan syarikat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Guru KAFA, takmir, imam dapat duit raya RM250

GURU Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut kini boleh mengukir senyum menjelang Aidilfitri ini kerana bakal mendapat ‘duit raya’ daripada Kerajaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Persiapan awal Syawal berjalan lancar’

‘Persiapan awal Syawal berjalan lancar’

Fitnah ADUN Kunak, Beliawanis lapor polis

  • By Fatin
  • March 22, 2025
Fitnah ADUN Kunak, Beliawanis lapor polis

Rina komited santuni asnaf, semai kebahagiaan menjelang Syawal

  • By Fatin
  • March 22, 2025
Rina komited santuni asnaf, semai kebahagiaan menjelang Syawal

Pokok tumbang hempap sebuah rumah akibat hujan tanpa henti

  • By Fandi
  • March 22, 2025
Pokok tumbang hempap sebuah rumah akibat hujan tanpa henti

Malaysia lebih bahagia mengatasi tahap purata global – IPSOS

Malaysia lebih bahagia mengatasi tahap purata global – IPSOS

Jadikan pemilihan parti sebagai landasan strategik persediaan PRN – Mustapha

Jadikan pemilihan parti sebagai landasan strategik persediaan PRN – Mustapha