Enam Rukun Madani perlu diterap dalam kalangan penjawat awam

KOTA KINABALU – Penjawat awam perlu menerapkan enam Rukun Madani dalam melaksanakan tugas seharian bagi membantu usaha ke arah pembinaan negara bangsa.

Timbalan Setiausaha Persekutuan Sabah, Mastina Ibnu Hassan berkata, ia adalah pengamalan budaya kerja terbaik dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai penjawat awam.

”Enam Rukun Madani yang dimaksudkan adalah kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.

”Maka menerusi Seminar Kenegaraan Malaysia Madani Penjawat Awam Persekutuan Negeri Sabah yang diadakan hari ini adalah bertujuan untuk meningkatkan ilmu di samping penjawat awam perlu bekerjasama untuk menyokong aspirasi ini dalam usaha mentadbirkan Malaysia Madani itu dalam diri masing-masing.

“Semoga seminar kali ini, kita sama-sama mengamalkan budaya kerja terbaik dalam tugasan seharian seterusnya boleh diaplikasikannya semasa menjalankan tugas di pejabat nanti,” katanya semasa menyampaikan ucapan perasmian di Dewan Auditorium, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, di sini pada Selasa.

Tambah beliau, antara objektif seminar adalah untuk meningkatkan penghayatan penjawat awam terhadap peranan dan tanggungjawab dalam pembinaan negara bangsa selain membangunkan potensi penjawat awam dalam aspek jati diri dan profesionalisme ke arah pembinaan modal insan yang patriotik.

”Termasuklah meningkatkan kefahaman tentang dasar-dasar Malaysia Madani sebagai hala tuju negara dan menerapkan pengamalan enam Rukun Madani dalam kalangan penjawat awam,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan semua penjawat awam khususnya di dalam perkhidmatan agar sentiasa menyokong aspirasi pucuk pimpinan ataupun pihak pengurusan atasan bersandarkan kepada dasar-dasar sedia ada tidak kira di mana dan apa jua yang dilaksanakan.

Seminar tersebut anjuran secara kolaborasi antara Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah (PSUPS) dan Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) yang melibatkan sebanyak 159 Jabatan dengan kehadiran kira-kira seramai 300 penjawat awam persekutuan di Sabah.

Hadir sama Pengurus Pusat Latihan Kenegaraan Kundasang, AKM, Datin Shonitah Terang.

Related Posts

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

KOTA KINABALU – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menzahirkan penghargaan terhadap keprihatinan dan usaha pihak pengurusan universiti dalam menangani isu gangguan bekalan air yang sedang melanda kampus.‎‎Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

KUCHING – Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Kelab Literasi Digital Warga Emas Kuching (Diwarmas) yang berlangsung pada Khamis meriah dengan semangat silaturahim dan ukhuwah komuniti. Acara yang menghimpunkan warga emas…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi