Empat termasuk wanita curi iPhone 13 ditahan

TAWAU – Tiga lelaki dan seorang wanita ditahan polis kerana mencuri telefon bimbit jenis iPhone 13 di kawasan perumahan di Batu 8, Jalan Apas pada malam Isnin.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, kejadian kira-kira pukul 12.26 tengah malam itu, salah seorang suspek ingin membeli telefon bimbit milik pengadu yang telah dimuat naik di laman sosial Facebook.

Katanya, salah seorang suspek lelaki telah menunjukkan bukti transaksi pembayaran yang didakwa telah dibuat ke dalam akaun ibu mangsa.

“Mangsa telah menyerahkan telefon bimbitnya kepada suspek memandangkan suspek memberitahu mahu beredar segera kerana meminjam kenderaan orang lain dan perlu segera diserah kembali.

“Suspek turut menunjukkan bukti ‘screen shot’ bahawa dia telah membuat transaksi pembayaran ke akaun milik ibu mangsa.

‘Namun setelah mangsa bertanya kepada ibunya, tiada wang transaksi diterima. Mangsa cuba meminta suspek keluar dari kenderaan untuk mengambil gambarnya sambil memegang telefon bimbit itu.

“Namun suspek memberi alasan pening kepala kerana mengandung, pemandu tersebut tiba-tiba memecut memandu kenderaan dan melarikan diri dengan telefon bimbit mangsa,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook Polis Deaerah Tawau.

Kongsinya, bertindak atas maklumat sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), IPD Tawau berjaya menahan suspek dua lelaki tempatan berusia 32 dan 42 tahun dan seorang wanita warga asing berusia 30 tahun kira-kira pukul 1.00 petang, pada Selasa di sekitar bandar Tawau.

“Susulan daripada tangkapan tersebut, seorang lagi suspek lelaki warga tempatan berusia 33 tahun ditahan bagi membantu siasatan, sebuah telefon bimbit jenis iphone 13 turut dirampas yang dipercayai barang curi,” katanya.

Kesemua suspek ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan manakala suspek wanita tersebut disiasat dibawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

ACP Jasmin mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati ketika berurusan dalam jual beli secara dalam talian dan memastikan semua transaksi sudah dilunaskan.

Related Posts

SSPA Fasa 2: Penjawat awam nikmati pelarasan gaji 7 peratus
  • YnomYnom
  • January 22, 2026

KOTA KINABALU – Pelaksanaan Pelarasan gaji penjawat awam di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Fasa 2 sebanyak tujuh yang menyaksikan peningkatan sebanyak tujuh peratus mencerminkan keprihatinan berterusan Kerajaan MADANI…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ketepikan politik perbalahan, utamakan kestabilan rakyat

TONGOD – Semua pihak diseru agar mengetepikan politik perbalahan dan bergerak secara adil dan bersama-sama demi kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat, kata Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat),…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

OPR kekal pada paras 2.75 peratus

OPR kekal pada paras 2.75 peratus

SSPA Fasa 2: Penjawat awam nikmati pelarasan gaji 7 peratus

  • By Ynom
  • January 22, 2026
SSPA Fasa 2: Penjawat awam nikmati pelarasan gaji 7 peratus

Ketepikan politik perbalahan, utamakan kestabilan rakyat

  • By Fandi
  • January 22, 2026
Ketepikan politik perbalahan, utamakan kestabilan rakyat

Desmond Labung terajui Persatuan Hoki Kuching sesi 2026-2028

Desmond Labung terajui Persatuan Hoki Kuching sesi 2026-2028

SMJ 2.0 fokus perkukuh infrastruktur dan utiliti

  • By Ithma
  • January 22, 2026
SMJ 2.0 fokus perkukuh infrastruktur dan utiliti

PRK Kinabatangan, DUN Lamag: Persiapan pengundian lancar

  • By Fatin
  • January 22, 2026
PRK Kinabatangan, DUN Lamag: Persiapan pengundian lancar