Elok Annuar pujuk PN tidak bertanding di Mahkota

AHLI Majlis Tertinggi UMNO,  Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mencadangkan agar Perikatan Nasional (PN) tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota selepas Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa menjangkakan kemenangan besar UMNO.

Menerusi hantaran di Facebook, Mohd Puad berkata Annuar wajar memujuk Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak meletakkan calon pada pilihan raya di Johor kali ini.

“Annuar Musa meramalkan BN akan menang besar di Mahkota. Apakah itu pengakuan menyerah kalah atau sindiran kepada Bersatu, “Ikut kamu le, pitih kamu.”

“Kalau boleh elok Annuar Musa pujuk Muhyiddin agar Bersatu tidak letak calon di Mahkota,” katanya di Facebook pada Ahad.

Pada Ahad, Annuar menjangka BN dijangka menang besar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, sekali gus mengulangi kejayaan diperoleh di Nenggiri bulan lalu.

Beliau berkata keyakinan itu hasil keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada November tahun lalu yang menunjukkan BN memperoleh lebih 16,000 undi sementara Pakatan Harapan (PH) memperoleh lebih 11,000 undi.

Semalam, Pengerusi Perhubungan UMNO Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang, Syed Hussien Syed Abdullah sebagai calon BN bagi PRK DUN Mahkota.

Syed Hussien sebelum ini adalah antara dua nama yang disenarai pendek sebagai calon BN.

Seorang lagi adalah Naib Ketua Wanita UMNO Kluang, Zainani Jamaluddin.

Related Posts

Ulama UMNO sokong pandangan Syeikh Wazir

PUTRAJAYA – Majlis Ulama UMNO bersetuju dengan pandangan ulama pondok Kelantan bahawa Kerajaan Perpaduan diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim dikekalkan sehingga akhir penggal. Timbalan Pengerusinya, Datuk Dr Khairuddin Takiri berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Himpunan turun Anwar gugat keyakinan pelabur, jejas ekonomi rakyat – MB Perak

BERUAS – Rakyat Perak dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan sentimen pembangkang yang mengajak orang ramai menyertai Himpunan Turun Anwar yang dijadual berlangsung pada 26 Julai ini di Kuala Lumpur. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program perkasa usahawan wanita terus diperluas di utara Sabah

Program perkasa usahawan wanita terus diperluas di utara Sabah

Warden daripada bekas pegawai tentera dan polis, dua MRSM terlibat fasa awal – Asyraf Wajdi

Warden daripada bekas pegawai tentera dan polis, dua MRSM terlibat fasa awal – Asyraf Wajdi

Himpunan Turun Anwar sekadar drama politik, pembangkang terdesak kekal relevan

Himpunan Turun Anwar sekadar drama politik, pembangkang terdesak kekal relevan

Fadhlina beri perhatian isu pendidikan di Kota Marudu – Zaidi

Fadhlina beri perhatian isu pendidikan di Kota Marudu – Zaidi

Pemancing hilang di Umas-Umas

Pemancing hilang di Umas-Umas

Kerajaan Sabah perkenal inisiatif BAYU, bantu pelajar bayar yuran MUET

  • By Ynom
  • July 20, 2025
Kerajaan Sabah perkenal inisiatif BAYU, bantu pelajar bayar yuran MUET