Elaun sukarela APM dicadang naik RM80 sehari

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan kadar elaun lebih 10,000 sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam (APM) dinaikkan kepada RM80 sehari daripada RM40 ketika ini.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata, kadar elaun itu wajar diseragam dengan pasukan sukarelawan lain bagi memastikan APM boleh terus memainkan peranan diiktiraf masyarakat.

“Saya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negara sentiasa memperjuangkan supaya elaun sukarelawan APM diseragamkan kepada RM80 sehari.

“Insya-Allah selepas ini rakan saya, Fadillah (Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof) dan Fahmi (Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil) boleh sama-sama memperjuangkan perkara sama,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Sambutan Bulan Pertahanan Awam (HUTPA) Ke-73, Kajang, hari ini.

Beliau juga berkata, Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang dikerah ke Myanmar menerusi Misi Bantuan Kemanusiaan Malaysia (MAS-01) baru-baru ini, akan diberikan sijil sebagai menghargai pengorbanan mereka ketika sambutan Aidilfitri.

Terdahulu, beliau menyerahkan watikah kepada 79 penerima pelantikan pegawai kehormat dan bersekutu APM.

Ia termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Perdana APM.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali; Timbalan Menteri Digital, Datuk Wilson Ugak Kumbong serta Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir pula dilantik Pesuruhjaya Kehormat APM.

Selain itu, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dilantik Pesuruhjaya Kehormat APM.

Pada majlis sama, Ahmad Zahid turut menganugerahkan Bintang Panglima Utama kepada Ketua Pesuruhjaya APM, Datuk Aminurrahim Mohamed.

Related Posts

14 kementerian gagal capai sasaran laksana projek fizikal

PUTRAJAYA – Sejumlah 14 kementerian dikenal pasti tidak berjaya mencapai sasaran dalam pelaksanaan pembangunan projek fizikal yang diperuntukkan pada tahun lalu, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua pegawai tertinggi ATM dijangka berdepan pertuduhan minggu depan

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjangkakan sekurang-kurangnya dua pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan didakwa di mahkamah minggu depan berhubung kes tender perolehan yang sedang disiasat. Ketua Pesuruhjaya SPRM,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu monyet liar: MBI ambil langkah pengawalan di Gunung Lang

Isu monyet liar: MBI ambil langkah pengawalan di Gunung Lang

Dana Zakat i-Asnaf: Petronas bantu ringankan beban 500 keluarga di Miri

Dana Zakat i-Asnaf: Petronas bantu ringankan beban 500 keluarga di Miri

Parit tanah, struktur haram punca banjir kilat di Piasau Utara

Parit tanah, struktur haram punca banjir kilat di Piasau Utara

ADUN Tebedu tinjau kerosakan bencana, mahu penyelesaian segera untuk rakyat Serian

ADUN Tebedu tinjau kerosakan bencana, mahu penyelesaian segera untuk rakyat Serian

Balingian terima suntikan RM94 juta, laksana lima projek impak tinggi

Balingian terima suntikan RM94 juta, laksana lima projek impak tinggi

Polis Saratok tidak berkompromi kelab haram, ancam keselamatan awam

Polis Saratok tidak berkompromi kelab haram, ancam keselamatan awam