Ekonomi Kluang dijangka pesat mulai tahun depan

DAERAH Kluang dijangka terus pesat dengan limpahan ekonomi dan prasarana susulan pembinaan beberapa projek pembangunan infrastruktur yang telah dirangka.

Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) di Pejabat Daerah Kluang, Mohd Faiz Mohd Salleh berkata, ini termasuklah Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru (PLBEGJB) yang dijangka siap tahun depan.

Kata beliau, perancangan pembangunan yang sedang dan akan dilaksanakan itu disifatkan sebagai strategi tepat dalam memacu pertumbuhan ekonomi kepada lebih 320,000 penduduk daerah ini.

Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Pejabat Daerah Kluang, Mohd Faiz Mohd Salleh

“Kluang yang sangat terkenal dengan stesen keretapi akan menerima sistem pengangkutan awam lebih kondusif apabila laluan baharu pengangkutan ini melalui lima stesen termasuk Bandar Kluang, Paloh, Renggam, Layang-Layang serta hentian khusus kereta api kargo dan industri di Mengkibol.
 
“Menerusi projek berkenaan, aksesibiliti dan mobiliti menghubungkan Kluang dan bandar-bandar utama seperti Johor Bahru dan Kuala Lumpur dapat ditingkatkan serta mempercepatkan masa perjalanan pelancong dan penghantaran barangan logistik,” katanya kepada The Malaysia Press.
 
Menurut beliau, kesemua limpahan ekonomi ini turut mendapat perhatian oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan apabila menyalurkan peruntukan sehingga RM2.6 juta.

“Peruntukan ini bertujuan menaik taraf lapan buah Klinik Kesihatan dan Klinik Desa sebagai usaha menyediakan perkhidmatan kesihatan terbaik untuk masyarakat setempat.
 
“Dalam masa sama, lokasi strategik daerah ini juga berpotensi menjadikan Kluang sebagai hab perdagangan melalui pembangunan jaringan jalan raya baharu menghubungkan Kahang ke Sungai Mas, Mersing di bawah Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC),” katanya.
 
Mohd Faiz berkata, kesemua pelaksanaan projek ini mampu memacu ekonomi Kluang melalui sektor perladangan dan pertanian bagi membawa produk tempatan untuk dipasarkan secara meluas.

Related Posts

Pertandingan pintu gerbang meriahkan suasana kampung Malam Tujuh Likur

SARATOK – Malam Tujuh Likur disambut meriah di Saratok dengan pelbagai aktiviti tradisional dan keagamaan, termasuk pertandingan pintu gerbang yang menjadi daya tarikan utama.  Menariknya, Malam Tujuh Likur merupakan kemeriahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bapa kepada dua kanak-kanak mangsa mercun bola disiasat polis

JITRA – Bapa kepada dua beradik yang cedera akibat bermain mercun bola di kawasan rumah mereka di Kampung Baru, Kuala Nerang pada 19 Mac lalu ditahan bagi membantu siasatan berhubung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pertandingan pintu gerbang meriahkan suasana kampung Malam Tujuh Likur

Pertandingan pintu gerbang meriahkan suasana kampung Malam Tujuh Likur

PM sambut Aidilfitri MADANI di lapan negeri

PM sambut Aidilfitri MADANI di lapan negeri

Bapa kepada dua kanak-kanak mangsa mercun bola disiasat polis

Bapa kepada dua kanak-kanak mangsa mercun bola disiasat polis

Dividen LTAT 5.25%, agihan tertinggi selepas 7 tahun

Dividen LTAT 5.25%, agihan tertinggi selepas 7 tahun

Maxim anjur majlis berbuka puasa, raikan rakan pemandu di Sarawak

Maxim anjur majlis berbuka puasa, raikan rakan pemandu di Sarawak

Kastam sita 363 kilogram syabu bernilai RM11.6 juta

Kastam sita 363 kilogram syabu bernilai RM11.6 juta