Dunia puji Malaysia, PMX jadi ‘arkitek’ rundingan damai konflik Thailand-Kemboja

PERANAN aktif Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai orang tengah dalam rundingan damai antara Thailand dan Kemboja telah mendapat pujian meluas masyarakat antarabangsa sekali gus meletakkan nama Malaysia di persada dunia.

Perjanjian gencatan senjata serta-merta dan tanpa syarat yang dimeterai di Putrajaya itu berjaya menghentikan konflik sempadan berdarah antara dua negara anggota ASEAN tersebut, selepas lima hari ketegangan yang mengorbankan lebih 30 nyawa dan memaksa 300,000 penduduk dipindahkan.

Beberapa media antarabangsa ternama termasuk British Broadcasting Corporation (BBC), The New York Times, Al Jazeera, Reuters, Associated Press (AP) dan Agence France-Presse (AFP) memberikan liputan utama terhadap kejayaan rundingan yang dimudah cara oleh Malaysia.

Al Jazeera melaporkan: “Thailand, Cambodia agree to ‘immediate, unconditional’ ceasefire: Malaysia”, manakala BBC turut menyiarkan laporan bertajuk “Thailand and Cambodia agree to immediate ceasefire.”

Meskipun kuasa besar seperti Amerika Syarikat (AS) dan China turut terlibat dalam rundingan berkenaan, peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN dilihat sebagai faktor penentu dalam meredakan konflik yang berlarutan lebih satu abad.

Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet dan Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai akhirnya bersetuju hadir ke meja rundingan atas jemputan Anwar yang berperanan sebagai pemudah cara neutral dalam menyelesaikan isu tersebut.

Kejayaan Anwar membawa Perdana Menteri Kemboja Hun Manet dan Pemangku Perdana Menteri Thailand Phumtham Wechayachai ke meja rundingan juga mendapat pujian meluas.

Malah, Setiausaha Negara AS, Marco Rubio turut mengiktiraf usaha Malaysia dalam menyatukan kedua-dua pihak.

“Kami berterima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim atas kepemimpinan beliau dan menjadi tuan rumah kepada rundingan gencatan senjata,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Negara pada Isnin.

Situasi ini bukan kali pertama Malaysia memainkan peranan penting dalam mendamaikan konflik serantau. Negara ini telah lama mendapat kepercayaan sebagai orang tengah yang berkecuali, termasuk dalam usaha perdamaian di Aceh, selatan Thailand dan selatan Filipina.

Konflik terkini antara Thailand dengan Kemboja bermula dengan pertempuran kecil pada 28 Mei lepas sebelum meningkat kepada pertembungan berskala besar pada 24 Julai.

Kedua-dua negara jiran itu telah lama bertelagah mengenai kawasan sempadan bersama sepanjang 817 kilometer yang belum dimuktamadkan selama beberapa dekad.

Related Posts

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

DALAM landskap politik hari ini, semakin kerap kita melihat naratif yang mengaitkan agama dan institusi diraja sebagai ukuran kejayaan sesebuah kerajaan. Doa, ucapan istiadat, dan simbol kebesaran digunakan untuk membentuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan kerajaan akan terus bertindak proaktif dalam mendepani krisis global yang semakin mencabar dan kompleks. Menerusi hantaran di akaun rasmi beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global

Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global

Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal